September 25, 2022

Lelaki kelakar adalah lelaki yang akan bahagia dalam perhubungan – Kajian

1 min read

Satu kajian baharu mendedahkan bahawa lelaki akan lebih bahagia dalam sesebuah perhubungan jika mereka dianggap kelakar oleh pasangan, lapor akhbar New York Post.

Kajian bertajuk ‘Adakah Mereka Sesuai Bersama Seperti Joker dan Harley Quinn?’ itu cuba memahami bagaimana humor dikaitkan dengan hubungan jangka panjang.

“Orang ramai menghargai sifat humor yang baik pada pasangan atau bakal pasangan mereka,” tulis penyelidik dari Universiti Silesia di Katowice, Poland.

Sekumpulan 149 pasangan heteroseksual yang telah bersama selama purata tujuh tahun telah ditinjau mengenai aspek komedi hubungan mereka termasuk kekerapan pasangan bergurau antara satu sama lain dan berapa kerap mereka berasakan pasangan lebih kelakar.

Penyelidik mendapati bahawa dalam hubungan jangka panjang, lelaki lebih banyak berjenaka daripada wanita dan menganggap lawak mereka lebih lucu.

Lelaki juga menggunakan gaya jenaka yang lebih agresif dalam usaha meletakkan diri mereka di tahap lebih tinggi berbanding wanita.

Walau bagaimanapun, kedua-dua lelaki dan wanita sering menggunakan jenaka yang ‘menghina’ diri sendiri.

Kajian itu membuktikan, cara mudah untuk menggembirakan lelaki anda adalah dengan membiarkan dia berfikir jenakanya lebih baik daripada anda, demikian kesimpulan yang diambil oleh penyelidik.

“Keputusan menunjukkan bahawa lelaki lebih mudah menyesuaikan diri dengan wanita yang menghargai jenaka pasangan mereka, ” tulis para penyelidik dalam kajian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.