September 25, 2022

Raja Urhan nama anak Uyaina Arshad dan Raja Syahiran

1 min read

Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran sepakat menamakan anak sulung lelaki mereka sebagai Raja Urhan Raja Syahiran.

Pengacara yang popular menerusi program Wanita Hari Ini itu berkata, Urhan diambil daripada nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Ghazi yang juga bermaksud pemimpin yang hebat.

“Assalamualaikum semua! Meet (berjumpa) dengan Raja Urhan Raja Syahiran,” tulis mereka dalam Instagram.

“Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil daripada nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.

“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepad ramai orang, Aamiinn,” katanya.

Terdahulu, pengacara program Wanita Hari Ini itu selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 8 September (Khamis) lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Uyaina, 30, dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis perkahwinan di ibu negara.

Sementara, pada 2 April lalu, dia mengesahkan berita kehamilan kepada umum selepas sering diasak dengan soalan mengenai ‘baby bump’ yang kelihatan semakin membesar sebelum mengumumkan jantina kandungannya pada bulan lalu.

© Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published.