September 27, 2022

Budaya rakyat Malaysia berhati mulia

1 min read

“Teringin sangat nak tengok badan sempurna macam orang normal.” Demikian ungkapan dikongsi pengguna Facebook, Faiz Noor menerusi grup Facebook Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta akan grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil seperti individu normal.

Faiz yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berkongsi foto beliau bersama isteri dan dua orang anak memakai sepersalinan busana kuning.

Bagaimanapun komen daripada warganet menyentuh hati. Paling menarik perhatian ialah komen daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.

“ALHAMDULILLAH SAYA LIHAT AWAK SUDAH SEMPURNA..TIDAK PERLU EDIT LAGI.”- USTAZ AZHAR IDRUS

Grup Edit Apa Hari Ini yang mempunyai hampir 200,000 ahli yang saling menghormati, ‘sporting’ membantu menyunting foto rakan-rakan dan dalam masa sama menyerlahkan kreativiti masing-masing.

Menerusi tinjauan, ada dalam kalangan ahli grup berkenaan meminta bantuan rakan-rakan lain menyunting latar belakang, menaikkan seri gambar yang gelap dan membaik pulih foto rosak atau kabur.

Susulan perkongsian Faiz, terdapat beberapa ahli yang tampil menunaikan permintaan Faiz Noor dengan berkongsi foto-foto yang telah disunting.

Warga maya meluahkan sebak dan tersentuh serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan lelaki itu.

Tidak ada istilah cacat. Semua ciptaan ALLAH menakjubkan dan manusia adalah makhluk ciptaan-NYA yang paling sempurna. Semoga lelaki ini dikurniakan kesihatan baik yang berterusan.

© Sinar Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published.