Begitu ‘shulit’ lupakan Reyhan
1 min read“Begitu ‘shulit’ lupakan Reyhan, apa lagi Reyhan baik. Begitu susah cari gantinya…”
Itu ungkapan video tular di media sosial yang mencuri perhatian ramai.
Siapa sangka dengan hanya menyanyi yang bersahaja dan memaparkan memek muka, video itu menjadi trending.
Video nyanyian seorang gadis tersebut menceritakan tentang seorang jejaka idaman yang sukar untuk dilupakan.
Sehingga kini video berkenaan telah menerima lebih 46 juta di TikTok sejak dimuat naik awal bulan ini.
Menggunakan nama Intan Lembata Bunting, gadis dari negara seberang itu meraih perhatian ramai sehingga dijemput hadir ke beberapa program televisyen tempatan.
Menerusi satu program yang dihadirinya, dia tampil membuka cerita siapakah Reyhan yang sebenar.
© Sinar Plus