December 9, 2022

Kebakaran pusat beli-belah di Korea Selatan ragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa

1 min read

Sekurang-kurangnya tujuh maut dan seorang lagi cedera parah dalam satu kebakaran di sebuah pusat beli-belah di pusat bandar Daejeon, Korea Selatan, hari ini, lapor agensi berita Yonhap.

Kebakaran itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi waktu tempatan, dari kawasan pengendalian kargo di tingkat pertama bawah tanah tempat letak kereta di sebuah kedai di Daejeon, kira-kira 160 kilometer (km) ke selatan Seoul.

Dalam kalangan lapan pekerja yang bekerja di situ ketika kebakaran berlaku, tujuh maut dan seorang cedera parah.

Lebih 100 orang, kebanyakannya berada di bangunan berhampiran, dipindahkan. Tiada pelanggan berada di sekitar kedai kerana kebakaran berlaku sebelum waktu perniagaan.

Bomba mengerahkan lebih 120 anggota dan pelbagai peralatan memadam kebakaran ke lokasi kejadian, namun berdepan kesukaran dalam operasi mencari kerana asap tebal berpunca daripada kotak kadbod yang terbakar di kawasan pengendalian kargo.

Api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 3.02 petang waktu tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *