December 9, 2022

Lapan lelaki dan seorang wanita ditahan disyaki terbabit kes rogol pelajar bawah umur

1 min read

Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua dalam beberapa tangkapan berasingan sekitar Segamat, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 24 September lalu.

Beliau berkata, polis menerima satu laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.

“Siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu di antara jam 12.30 malam sehingga jam 5 pagi mangsa dibawa oleh rakan perempuan pergi ke sebuah rumah di sekitar Kemelah sebelum mangsa dirogol oleh lapan lelaki.

“Bertindak daripada maklumat, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya membuat tangkapan pada 25 September di sekitar Segamat dan FELDA Kemelah terhadap lapan suspek termasuk wanita itu, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zamry berkata, mangsa telah dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

“Suspek sebahagiannya pelajar berusia 14 sehingga 26 tahun direman tujuh hari bermula 26 September sehingga 2 Oktober bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun,” katanya.

© Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *