December 9, 2022

Suami ‘buang’ isteri dalam hutan selepas isteri diserang strok

2 min read

Tergamaknya! Suami tidak mahu menjaga isteri yang sedang sakit diserang strok, bertindak ‘membuang’ wanita itu di hutan.

Dalam kehidupan berumah tangga, pelbagai ujian dan rintangan perlu dihadapi oleh pasangan suami isteri.

Ada waktu bahagia, namun ada juga ujian sedih datang menjelma seperti sakit.

Biasa yang kita dengar, bila suami yang jatuh sakit walau hanya demam biasa, isterilah orang yang paling risau. Sanggup berjaga malam temani suami yang tidak sihat.

Namun lain pula kejadian di Indonesia ini apabila sang suami hilang pertimbangan sanggup meninggalkan isteri di dalam hutan.

Hanya kerana tidak mahu menjaga isteri yang diserang strok, dia tergamak meninggalkan wanita berkenaan seorang diri di dalam hutan.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Cikampek, Jawa Barat itu menjadi perbualan hangat warganet selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Andree.

Tulisnya, “siapa yang mengenali wanita ini, sila hubungi keluarganya. Katanya dah tiga hari ditinggalkan di dalam hutan oleh suaminya sendiri.”

Hasil maklumat daripada penduduk di sekitar sana, wanita yang ditemui di dalam hutan itu bernama Ikah berusia 50 tahun dan merupakan warga Desa Lewo di Kabupaten Garut, Jawa Barat.

Menurut Ketua Kampung Lewa Wetan, Nova Wylian mengesahkan bahawa wanita terbabit pernah menjadi penduduk kampung itu, bagaimanapun dia telah berpindah ke Cianjur bersama suaminya.

Lebih menyedihkan lagi apabila punca wanita berkenaan ditinggalkan di dalam hutan adalah disebabkan suaminya enggan menjaganya lagi selepas diserang strok.

Ujarnya lagi, selepas ditemui, Ikah telah dibawa ke hospital di kawasan Karawang untuk pemeriksaan selanjutnya.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga wanita terbabit sudah ambil maklum berhubung perkara itu dan telah menjemputnya pulang bersama.

© Tribunews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *