February 24, 2024

Renjatan elektrik dan langkah berjaga-jaga

2 min read

Diharapkan kita semua mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan renjatan elektrik.

RENJATAN ELEKTRIK

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna untuk tidak menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.

Kecederaan renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh atau terdedah kepada punca elektrik.

Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu tersebut mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns).

Ia juga boleh mengakibatkan kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).

Jika mendapati seseorang terkena renjatan elektrik, anda dinasihatkan untuk melakukan lima perkara berikut;

i-Tidak enghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehingga suis dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku.

ii-Tidak enyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar.

iii-Jangan buang kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit.

iv-Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik

TIP KESELAMATAN ELAK RENJATAN ELEKTRIK

1-Pengguna dinasihatkan memilih perkakasan elektrik yang diluluskan oleh SIRIM untuk menjamin keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak dingini seperti renjatan elektrik dan litar pintas.

2-Ketika berada di sekitar talian elektrik bagi mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik dan sentiasa memantau aktiviti anak-anak. Elakkan daripada melakukan perkara berikut:

a) Melontarkan sebarang alatan atau objek
b) Tidak membawa galah atau kayu panjang melintasi talian.
c) Tidak bermain layang-layang atau drone.

3- Bagi mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik, jauhkan peralatan elektrik anda daripada sumber air seperti paip, percikan air atau tangan basah. Misalnya, keringkan tangan sebelum anda menyentuh mana-mana suis eletrik di dapur.

4- Pengguna juga dinasihatkan untuk tidak menyentuh mana-mana wayar yang terjatuh atau tergantung ketika bekalan elektrik terputus bagi mengelakkan renjatan elektrik.

5-Ketika banjir atau hujan, pengguna dinasihatkan tidak memotong atau menarik dahan pokok yang jatuh/ patah menimpa talian elektrik kerana mungkin masih bertenaga dan boleh mengakibatkan renjatan kepada anda.

6- Elak menggunakan terlampau banyak plug dalam satu soket untuk keselamatan semua. Apabila soket dibebankan dengan plug yang banyak, renjatan elektrik boleh berlaku.

7- Pastikan kabel penyambung dan wayar-wayar lain tidak berselerak di atas lantai yang boleh menyebabkan risiko terjatuh dan renjatan elektrik.

8-Ketika banjir, anda dinasihatkan tidak sentuh peralatan elektrik atau mendekati pepasangan TNB yang ditelenggami air.

© Sinar Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *