November 24, 2022

Mengapa seperti meminta-minta banjir berlaku demi enggan PRU15?

1 min read

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin antara pemimpin yang paling enggan PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Biasanya apabila semakin hampir musim tengkujuh di penghujung tahun di Malaysia, semua pihak khususnya agensi kerajaan bersiap sedia untuk menghadapi bencana banjir yang mungkin akan berlaku.

Walaupun, semua pihak bersiap siaga khususnya pasukan keselamatan tetapi kerajaan sentiasa berharap kejadian banjir tidak akan berlaku dan jika berlaku pun tidaklah teruk sehingga meragut nyawa atau menyebabkan kerosakan.

Bagaimanapun, tahun ini ada sedikit suasana berbeza kerana kebetulan Barisan Nasional (BN) dan UMNO mahu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dijalankan dengan segera pada tahun ini juga.

Dek kerana itu, pihak lain yang anti BN nampak seperti meminta-minta banjir besar berlaku.

Mereka bantah untuk PRU15 dilaksanakan pada tahun ini kerana ia akan diadakan pada masa banjir sedang berlaku.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sudah maklumkan bahawa banjir mungkin berlaku bermula pertengahan bulan November.

Selepas Parlimen dibubarkan, dalam Perlembagaan Persekutuan ada masa 60 hari untuk PRU15 mesti diadakan untuk bentuk kerajaan yang baharu untuk penggal pentadbiran lima tahun lagi.

Jika mungkin berlaku banjir, laksanakan PRU sebelum atau selepas banjir berakhir.

Pembangkang tidak dapat menerima jika PRU akan diadakan dalam waktu terdekat.

Mereka takut kalah dan semua posisi mereka yang ada dalam kerajaan khususnya di pihak Perikatan Nasional (PN).

Betapa mereka enggan PRU diadakan sampai mereka sanggup berulang-ulang sebut banjir besar akan berlaku walhal tidak pernah pun mereka meminta-minta seperti itu sebelum ini. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.