November 27, 2022

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar untuk PRU15 ialah 21,173,638 orang

1 min read

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ialah 21,173,638 orang untuk memilih calon pilihan mereka daripada kesemua 945 calon bertanding untuk kerusi Parlimen di seluruh Malaysia.

Bagi pertandingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pahang dan Perlis, jumlah keseluruhan pencalonan ialah 434 orang dengan negeri Perak menerima pencalonan paling ramai ialah seramai 220 orang.

Pencalonan bagi negeri Pahang ialah 150 orang dan Perlis menerima 64 pencalonan.

Menurut statistik di portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah itu, pengundi berumur 21 hingga 39 tahun ialah jumlah pengundi paling ramai.

Bagi pengundi lelaki yang berumur dalam lingkungan berkenaan adalah seramai 4,750,546 dan pengundi perempuan pula adalah seramai 4,581,230.

Negeri Selangor adalah negeri paling banyak calon bertanding iaitu seramai 124 orang diikuti oleh negeri Sabah seramai 119 orang dan diikuti oleh negeri Perak dengan 100 pencalonan.

Bilangan pengundi paling tua pada PRU15 kali ini ialah mereka yang berumur 90 tahun ke atas iaitu pengundi lelaki seramai 37,283 orang dan pengundi perempuan seramai 49,631 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar, pengundi biasa ialah seramai 20,905,366 orang, pengundi awal seramai 265,531 orang dan pengundi tidak hadir di luar negara ialah seramai 2,741 orang.

Hari mengundi bagi PRU15 sudah ditetapkan pad 19 November depan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.