November 27, 2022

Cristiano Ronaldo ucap selamat tinggal buat Manchester United

1 min read

Teka-teki masa depan Cristiano Ronaldo di Manchester United akhirnya terlerai apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa serta-merta.

Penamatan ini hadir selepas kapten Portugal itu mengeluarkan kenyataan pedas terhadap Red Devils dan menyatakan pendiriannya untuk tidak menghormati pengurus pasukan, Erik ten Hag selepas mendakwa dirinya dikhianati.

“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United secara persetujuan bersama dan berkuatkuasa serta-merta. Kelab ini mahu menyatakan ucapan terima kasih atas sumbangan besarnya sepanjang dua musim di Old Trafford.

“Dia menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan dan kelab mengucapkan selamat maju jaya kapadanya. Semua orang di Manchester United kekal fokus untuk menunjukkan peningkatan dibawah Erik ten Hag dan akan terus bersatu bagi menghadirkan kejayaan dalam padang,” menurut kenyataan Man. United.

Bulan lalu, Ronaldo sudah pun mencetuskan situasi tegang selepas Ten Hag mendakwa penyerang itu enggan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur.

Ketika menyarung jersi Man. United pada 2003 hingga 2009, Ronaldo memenangi lapan trofi utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.