December 6, 2023

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Ketua Polis Negara

1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam hantaran di Facebook, hari ini memaklumkan, kunjungan hormat itu julung kali diadakan susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

“Pertemuan berlangsung hampir dua jam dengan kedua-dua pihak membincangkan pelbagai isu semasa serta taklimat berhubung keselamatan negara,” katanya.

Kunjungan hormat turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain serta barisan Pengarah PDRM.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

© Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *