Perdana Menteri adakan pertemuan dengan anak Presiden Turkiye
1 min readPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, semalam.
Melalui hantaran di laman Facebooknya hari ini, Anwar berkata pertemuan berkenaan diadakan sempena kunjungan Bilal ke Kuala Lumpur.
“Insya-Allah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat,” kata Perdana Menteri yang turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.
Bilal ialah anak kedua Erdogan dan merupakan seorang ahli perniagaan.
Meraikan saudara Bilal Erdogan semalam yang membuat kunjungan ke Kuala Lumpur. InshaAllah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turki terus dipererat. pic.twitter.com/FCultDt3ck
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 7, 2022
Erdogan antara pemimpin dunia terawal yang mengucapkan tahniah kepada Anwar selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas.
Dalam perbualan telefon selama kira-kira 10 minit antara kedua-dua pemimpin itu, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan. – BERNAMA