January 30, 2023

Senarai timbalan menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat

1 min read

Senarai timbalan menteri yang berperanan membantu Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat sebelum diumumkan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra hari ini.

“Alhamdulillah, mesyuarat Kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif.

“Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin.

“Insha-Allah, calon-calon Timbalan Menteri juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Anwar berkata senarai timbalan menteri akan diumumkan kelak selepas kesemua 28 Menteri mengangkat sumpah di Istana Negara pada Sabtu lalu.

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan Anwar masih dalam proses penelitian senarai calon timbalan menteri yang bakal mengisi pelbagai portfolio dalam Kabinet.

“Saya difahamkan bahawa semalam memang telah ada perbincangan berhubung perkara ini dan proses penelitian senarai nama masih berjalan sepanjang minggu ini,” katanya.

© Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *