Perdana Menteri umumkan senarai 27 Timbalan Menteri
2 min readPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan. Pelantikan Timbalan Menteri berkenaan menyusul pengumuman Kabinet 28 Menteri pada 2 Disember lalu.
Anwar berkata senarai nama itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Upacara angkat sumpah Timbalan Menteri akan berlangsung di Istana Negara jam 3 petang esok.
Berikut adalah senarai Timbalan Menteri : –
Timbalan Menteri Kewangan
– Datuk Seri Ahmad Maslan
– Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
– Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
– Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Pengangkutan
– Hasbi Habibullah
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
– Chan Fong Chin
Timbalan Menteri Ekonomi
– Datuk Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
– Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Menteri Pertahanan
– Adly Zahary
Timbalan Menteri Kerja Raya
– Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Dalam Negeri
– Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
– Liew Ching Tong
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
– Datuk Seri Yusuf Apdal
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi
– Datuk Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
– Aiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
– Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
– Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
– Datuk Sri Huang Tiong Sii
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
– Saraswathy Kandasami
Timbalan Menteri Luar Negeri
– Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
– Khairul Firdaus Akbar Khan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
– Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Pendidikan
– Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
– Adam Adli
Timbalan Menteri Sumber Manusia
– Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud
Timbalan Menteri Kesihatan
– Lukanisman Awang Sauni
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Wilson Ugak Kumbong
© Berita Harian