March 23, 2023

Lato-Lato: Diharamkan Di Indonesia, Mula Viral Di Malaysia

2 min read

Permainan lato-lato yang diharamkan di sekolah-sekolah Indonesia kini mula viral di Malaysia.

“Dengarnya mainan ni tengah ‘in’ sekarang ini, tetapi hati-hati kena dahi boleh benjol,” lapor sebuah portal tempatan.

Menurut laporan portal antarabangsa, permainan lato-lato atau nama asalnya clackers, click-clacks, atau knockers diharamkan dibawa ke sekolah-sekolah Indonesia kerana mengganggu tumpuan pelajar.

Selain itu, permainan ini juga dilarang kerana ia membahayakan di mana ia boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan merosakkan barang-barang di sekolah.

Berdasarkan tinjauan samudera.my di laman media sosial, kebanyakan guru dan ibu bapa memberi amaran akan bahaya permainan lato-lato.

“Mohon Ibu Bapa dan Pelajar jangan membawa lato² ini ke sekolah kerana boleh menyebabkan kecederaan jika kemalangan dan kalau terumban sama kawan boleh benjol juga tu kepala..Kalau saya jumpa tu di sekolah saya tangkap, trus sa kasi masuk di main hole jamban.. Kalau mau tuntut juga, ambi sendiri dalam tu main hole. Harap beri kerjasama,” kata seorang pengguna Facebook, Manniseh Yakun.

Manakala seorang ibu pula berdepan detik cemas apabila anak lelakinya tercekik dibelit tali lato-lato.

“Dari sebuah mainan bertukar tragedi.

Betullah bila anak kau yang tiba2 tiada suara,baik kau pergi cek.Pertama tak aku perasan pun di lehernya,tapi hatiku tetap tak sedap,muka ayaan diam,tenang2,pelik,jari dia cuba macam tarik sesuatu di leher,lepastu dia geleng2 kepala,kakaknya semua sibukk dengan buku cerita diorang.Berteriak aku terus sama semua kakaknya,minta tengok adik,kenapaaa!makaaa di teriakkk aku balik oleh semua kakakknya.Panik kakaknyaaa teriak nama ku”maaaamaaaa tersangkut tali di leher ayaan”.Mengamukk aku tu,berteriakk panikkk ,huru hara kakaknya cari gunting,bolehnyaa mainan ni berbelit talinya di leher anakku,aku cubaaa buka tali tu,punyalah sukarrr sebab berbelit,wallahi perrasaaan masa ni ,bercampurrr SEMUAAAAA HALLLLLL,MARAH BETUL AKU.Lambat kakaknya cari gunting,nasib aku ingat potong kuku di kunci kereta.Aku potong jaaaaa,terussssss aku buang mainann tu.Aiiii andailaaaa aku masih sibuk di dapur,kemas semua stok,entahlaaa apa jadi.Kakak dorang auto semuaa terus solehah,peluk2 adiknya,bikin susu,dann semua hal.Ini anakku yang paling bongsu,dan hanya satu2nya anak lelaki.CUMA MAHU PESAN,SIMPAN TEMPAT TINGGI,DAN JAUHKANN DARI ANAK KECIL.SALAH SAYA!” kata Zulaihah, seorang ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *