February 24, 2024

Ira Kazar Tiru Gaya Puteri Sarah?

1 min read

 

Kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah hangat diperkatakan apabila suaminya, Syamsul Yusof mengakui sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sekaligus mengejutkan ramai termasuk keluarganya.

Susulan pendedahan tersebut, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Syamsul yang berkahwin lain, malah ibu kepada pengarah tersebut juga tidak merestui perkahwinan berkenaan.

Terbaru, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok yang mendakwa Ira Kazar menjadikan gaya Puteri Sarah sebagai inspirasi untuk berfesyen.

Menerusi video itu, individu tersebut membandingkan pemakaian Ira Kazar yang seakan-akan sama dengan Puteri Sarah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengatakan Ira tidak akan dapat menandingi isteri pertama Syamsul itu.

Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen pedas mendakwa Ira akan selamanya kalah meskipun dia menang di mata Syamsul. Bagaimanapun, ada netizen yang berharap agar kedua-dua isteri pengarah terkenal itu dapat berbaik suatu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *