PENTING: Tujuh kawasan Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air
1 min readTujuh kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah disebabkan kerja pihak ketiga di simpang tiga Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, pihaknya menutup bekalan air pada jam 6.30 petang bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.
Katanya, kawasan terjejas adalah Taman Seri Cahaya, Kampung Sentosa, Kampung Stesen Kampung Menyuruk, Jalan Jati, Batang Polis Batang Kali dan Bukit Chandang.
“Kerja-kerja pembaikan bermula jam 7.07 malam dan jangkaan kerja siap jam 12.30 tengah malam esok.
“Segala usaha diambil bagi meminimumkan impak gangguan bekalan air kepada pengguna terjejas,” katanya
Air Selangor berkata, sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan ke Help Centre di aplikasi Air Selangor atau menghubungi talian 15300.