May 30, 2023

Sime Darby Oils jalin kerjasama dengan GTR Burger keluarkan produk khas Alif GTR Majerin

2 min read

Pengasas GTR Burger, Nordin Mat (kiri), Ketua Bahagian Jualan Pelanggan Sime Darby Oil Professional Sdn Bhd, Mohammad Rahimi Abdullah (tengah), dan Pengasas GTR Burger Mohd Najib Jalil memegang rupa bentuk pembungkusan produk khas Alif GTR Marjerin pada majlis pengumuman di Ibu Pejabat Sime Darby Plantation, Ara Damansara, hari ini. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.

Syarikat pengeluar minyak masak jenama Alif iaitu Sime Darby Oils Professional Sdn Bhd (Sime Darby Oils) hari ini mengumumkan satu kerjasama dijalinkan dengan GTR Burger untuk mengeluarkan produk marjerin dengan pembungkusan khas GTR Burger yang dikenali Alif GTR Majerin.

Ketua Jualan Pelanggan Sime Darby Oils, Mohammad Rahimi Abdullah berkata pihak Sime Darby Oils akan memasarkan produk marjerin berkenaan bersama dengan GTR Burger.

Advantage dalam kolaborasi ini ialah selain daripada menggunakan minyak sawit tempatan, Sime Darby adalah salah satu pengusaha minyak sawik mampan di Malaysia.

“Kami amat berbesar hati sebab produk-produk kami yang digunakan adalah adalah sustainable dan ia kini digunakan oleh jenama besar seperti GTR Burger,” katanya.

Bagi Pengasas GTR Burger Nordin Mat, beliau berkata pihak GTR Burger memilih produk dan bahan keluaran tempatan dalam proses penghasilan burger untuk memastikan kualiti burger sentiasa terpelihara

“GTR Burger memang selalu mempopularkan bahan-bahan tempatan seperti patty burger kita sendiri menggunakan daging segar tempatan bagi menyokong industri tempatan dan sekarang kita menyokong GLC kita (Sime Darby Oils) yang mengeluarkan marjerin sendiri dan kami akan memasarkan marjerin ini di semua stall-stall kita di seluruh negara,” katanya.

Nordin berkata demikian dalam satu majlis khas pengumuman yang diadakan di Ibu Pejabat Sime Darby Plantation di Ara Damansara, Selangor, hari ini.

Pengasas GTR Burger,Nordin Mat (kiri sekali) ketika bercakap kepada pemberita menjelaskan tentang kerjasama antara GTR Burger dan Sime Darby Oils pada majlis pengumumkan kerjasama berkenaan, hari ini.

 

GTR Burger turut membuka stall di Ibu Pejabat Sime Darby di Ara Damansara untuk program berkenaan hari ini.

Ketika ini, GTR Burger mempunyai 300 buah cawangan dengan tiga pusat memproses iaitu di Puchong, Selangor; Kota Kinabalu, Sabah; dan Kuching, Sarawak.

Kesemua marjerin jenama Alif akan digunakan di semua stall GTR Burger di seluruh Malaysia.

Menjelang bulan Julai 2023, GTR Burger akan mewujudkan sebanyak 500 stall tahun ini di seluruh negara selepas pertumbuhan pesat jenama berkenaan.

Menurut Nordin, perkembangan jenama GTR Burger agak drastik pada tahun lepas dalam masa setahun dapat mewujudkan 300 stall menjual burger.

“Perkembangan yang baik ini membuatkan kita telah letakkan sasaran untuk mencapai 500 stall pada bulan Julai dan ke arah 1,000 stall pada akhir tahun 2023 ini,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk berniaga burger di bawah jenama GTR, mereka boleh menghubungi pengurusan GTR Burger dan memohon untuk menyertai Akademi GTR dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja.

Pakej yang disediakan untuk berniaga bermula dengan jumlah serendah RM9,980 dan anda akan mendapat semua kemudahan untuk berniaga seperti patty dan stall burger kemudian terus berniaga dengan hanya membeli gas memasak sahaja. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *