February 24, 2024

Berniaga burger bukan lagi perniagaan main-main, kini satu perniagaan sebenar dengan sistem teratur

3 min read

Staller GTR Burger di Bandar Puteri, Bangi Azlina Mohd Yusof, 44 tahun, di depan gerainya dan suaminya Mior Fakhrul Anwar Mior Salihudin, 42 tahun, menyediakan burger yang dipesan oleh pelanggan. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.

Berniaga jual burger tepi jalan kebiasaannya menjadi antara pilihan bagi orang yang sudah kehilangan kerja dan punca pendapatan kerana ada orang yang memikirkan ia satu punca pendapatan yang mudah.

Banyak pihak berfikir berniaga burger setakat pacak gerai dan ada peralatan memasak kemudian mula menyediakan burger kepada orang ramai.

Bagaimanapun, ia tidak mudah seperti disangka kerana hatta penjual burger juga perlu menghitung segala urusan berkaitan jual beli seperti jualan, untung dan rugi.

Dengan itu, barulah pendapatan bersih dapat dikira dengan tepat membuatkan urusan lain dapat perniagaan boleh dijalankan dengan baik terutamanya perancangan perniagaan untuk masa akan datang.

Bagi pasangan suami isteri Mior Fakhrul Anwar Mior Salihudin, 42 tahun dan Azlina Mohd Yusof, 44 tahun, selepas ketiadaan kerja akibat pandemik COVID-19 yang menyebabkan mereka diberhentikan kerja secara sukarela, mereka mengambil keputusan untuk menjual burger.

Mereka tidak mahu sekadar berniaga tetapi tidak boleh mengawal serta memantau urusan perniagaan tetapi mereka mahu berniaga dengan teratur supaya perancangan lebih baik dapat dibuat.

Pasangan itu buat pilihan untuk menjual burger jalanan dengan jenama GTR Burger dengan stall pertama mereka pada 19 Mac yang lepas di Bandar Puteri Bangi baru kira-kira dua bulan.

Azlina berkata sebelum stall pertama itu mula dibuka, beilau ada ambil inisiatif untuk mewar-warkan tentang pembukaan stallnya di media sosial dan mereka memberikan secara percuma 100 biji burger ayam dan daging untuk memberitahu orang ramai di kawasan sekitar, GTR Burger sudah ada di kawasan mereka.

“Bermula cerita bagaimana berniaga dengan GTR Burger, pada mulanya saya dan suami memang tiada jawatan tetap, selepas saya dan suami diberhentikan kerja swaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kami dapat peluang dari rakan staller GTR Burger yang mempelawa kami untuk mencuba.

“Jadi, beliau jelaskan tentang sistem yang digunakan, cara operasi, latar belakang GTR Burger dan pada mulanya ada perasaan tidak yakin tetapi untuk mencari semula kerja memang susah pada masa itu, jadi kami tetapkan masa dengan rakan kami, Encik Fauzi dan beliau menjelaskan dengan lebih lanjut, kami amat tertarik dengan sistem GTR,” katanya.

Bagi Azlina dan Mior, pasangan ini mempunyai banyak pengalaman dalam industri makanan dan minuman kerana lama bekerja dalam bidang berkenaan.

Azlina pernah menjadi pengurus di beberapa syarikat jenama makanan segera, kedai kek dan jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau ialah sebagai pengurus restoran dan ada pengalaman dalam bidang perhotelan.

Tidak hairanlah, beliau dan suami boleh membuat pertimbangan tentang jalan apa yang mereka ingin pilih dalam menjalankan perniagaan burger jalanan.

“Ketika PKP, prosedur operasi standard (SOP) untuk restoran ia perlu ditutup pada pukul 8 malam sehingga pihak pengurusan sudah mula mengurangkan pekerja kerana sales tidak ada, sales sangat teruk waktu PKP.

“Syarikat berdepan masalah tiada jualan tetapi perlu membayar komitmen kewangan sehingga memberi kesan kepada pekerja yang ada, jadi kami diberhentikan secara sukarela,” kata Azlina.

Di stall GTR Burger Bandar Puteri, Bangi kerja memasak dan menyediakan burger diuruskan suami Azlina, Mior dan Azlina membantu suaminya.

Bagi mereka berdua yang baru sahaja bermula, mereka amat positif dan optimis untuk terus berniaga dengan jenama GTR Burger memandangan mereka sudah ada pelanggan tetap dan pelanggan yang mengulang pesanan dengan mereka.

Azlina berkata mereka merancang untuk sekurang-kurangnya tiga stall menjelang akhir tahun ini.

“Selepas ini, kita hendak tambah lagi 2 stall, jika rezeki lebih, kita akan tambah lagi 4 stall jadikan 5 stall,” kata Azlina.

Mengulas mengenai sikap optimis berkenaan, beliau berkata ia kerana sistem yang digunakan GTR Burger secara asasnya telah digunakan oleh Azlina dan suami ketika bekerja dalam bidang industri makanan.

“Kami berdua akan sentiasa belajar untuk maju dalam berniaga burger GTR ini khususnya perkara-perkara baharu tentang bagaimana untuk blast sales, bagaimana untuk berubah menjadi lebih baik, dapat lebih ramai pelanggan jadi kita kena sentiasa belajar,” katanya.

Bagi Azlina dan suami, sistem yang digunakan oleh GTR Burger untuk para peniaganya menguruskan perniagaan amat mudah dan ia akan membantu memantau serta mengawal jualan dengan baik khususnya mengetahui keuntungan dan kerugian dengan tepat.

Dalam pilihan menu GTR Burger, turut ada pilihan menu eksotik iaitu GTR Burger Burung Unta dan GTR Burger Rusa untuk pilihan pelanggan yang ingin menikmati pengalaman berbeza memakan burger.

Kedua-duanya berharga RM9.00. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *