February 24, 2024

Singapura rekod suhu 37 darjah Celsius tertinggi dalam masa 40 tahun

1 min read

Negara jiran Singapura mencatatkan suhu 37 darjah Celsius semalam menyamai rekod untuk suhu maksimum tertinggi yang dilaporkan 40 tahun lalu.

“Suhu tertinggi 37.0 darjah Celsius, tahun paling panas setakat ini yang dicatatkan di Ang Mo Kio. Ini adalah suhu maksimum harian tertinggi bagi bulan Mei, melebihi paras tertinggi sebelum ini iaitu 36.7 darjah Celsius yang direkodkan di Admiralty tahun lepas.

“Ia turut menyamai rekod 37 darjah Celsius yang kali terakhir direkodkan di Tengah pada 17 April 1983,” memetik laman Facebook rasmi Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) republik itu.

Menurut NEA, rekod suhu Singapura bermula pada 1929.

“Keadaan panas dan kering dijangka berterusan hari ini (14 Mei). Hujan sekejap-sekejap diramal minggu depan yang boleh membantu mengurangkan suhu panas,” menurut NEA. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *