Berkat terus setia dengan GTR Burger, kini berjaya terima pendapatan kira-kira RM7,000 sebulan
3 min read
Staller GTR Burger, Ahmad Syazmi Ahmad Nazri menguruskan stallnya di Sri Petaling yang merupakan stall ke-3 sejak bermula berniaga jenama berkenaan sejak Mei 2021. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.
Siapa sangka, dengan memilih untuk terus setia dengan jenama GTR Burger ketika pihak pengurusan melakukan perubahan sistem perniagaan kini seorang staller mampu meraih hasil jualan kira-kira RM35,000 hasil daripada beberapa stall yang dikendalikannya.
Bagi Ahmad Syazmi Ahmad Nazri, 31 tahun, beliau merupakan antara staller terawal yang menyertai GTR Burger pada tahun 2021 ketika Malaysia masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi kerana wabak pandemik COVID-19.
“Kisah saya, saya bermula dengan GTR Burger pada zaman PKP pada bulan Mei 2021 stall pertama saya di Seri Kembangan di Taman Universiti Indah, ketika itu masing-masing tidak tahu hendak buat apa ketika PKP, tiba-tiba tahu tentang GTR Burger.
“Saya macam, daripada kita tak buat apa-apa, apa kata kita tambah income jual burger tengok macam mana, Alhamdulillah, kekal sampai sekarang,” katanya ketika bertemu di satu daripada stall beliau di Sri Petaling.
Sebelum ini, beliau bekerja dengan sebuah bank terkemuka di ibu negara tetapi kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana kedua ibu bapanya tidak berapa sihat dan beliau berhenti kerja untuk menjaga mereka.
Ahmad Syazmi berkata selepas beberapa bulan membuka stall Seri Kembangan, beliau membuka stall kedua juga di Seri Kembangan di Equine Park, kemudian di Sri Petaling stall ketiga dan di stall keempat di Olive Hill, Bukit Serdang.
Beliau turut bekerjasama dengan Akademi GTR untuk memberikan latihan lapangan untuk bakal penjual burger GTR, beliau turut menguruskan beberapa stall lain menjadikan jumlah kesemuanya 13 buah stall.
Sistem GTR Burger Cepat dan Mudah Untuk Urus Perniagaan
Bercerita mengenai sejarah GTR Burger, Ahmad Syazmi berkata pada awalnya sistem laporan perniagaan menggunakan sistem manual yang memerlukan peniaga mengisi borang dan mengira menggunakan kalkulator sehingga pada bulan Ogos 2021, pengurusan GTR Burger memperkenalkan kepada peniaga untuk menggunakan satu sistem baharu.
“Dengan sistem itu, setiap hari staller perlu memasukkan laporan perniagaan ke dalam sistem dan pada masa itu ramai staller seakan-akan tidak berminat dan berhenti berniaga dengan GTR Burger.
“Saya diberi kepercayaan oleh GTR Burger untuk melakukan ujian sistem berkenaan secara keseluruhan, kemudian beri cadangan untuk memperbaiki penggunaannya dan ia kekal digunakan sampai sekarang dan kini GTR Burger sudah ada dekat 350 stall yang menggunakan sistem tersebut,” katanya.
Bagi diri beliau sendiri , ada perbezaan yang sangat ketara tentang sistem GTR Burger dahulu dan sekarang ialah sistem lama memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan perniagaan dan sistem sekarang cepat dan mudah.
“Selain itu, rekod yang disimpan tidak berisiko untuk hilang berbanding yang lama menggunakan kertas yang berisiko rosak atau hilang,” katanya.
Bercerita mengenai jualan, Ahmad Syazmi berkata stall beliau di Taman Universiti Indah atau Taman U untuk purata harian ialah kira-kira RM500 – RM600 dan untuk sebulan pendapatan bersih boleh mencecah sekitar RM6000 – RM7,000 sebulan.
“Itu hasil jualan untuk satu stall, jika sekarang saya manage 13 stall, Alhamdulillah dapatlah dalam RM8,000 – RM9,000 ada dalam tangan,” katanya.
Sebagai penjual burger, satu suasana yang perlu dihadapi ialah apabila pesanan order begitu banyak dan pelanggan ramai di stall, ia mungkin menjadi satu cabaran kepada penjual burger, Ahmad Syazmi menjelaskan GTR Burger ada menyediakan latihan dengan ilmu yang tepat untuk kekal konsisten berniaga burger.
“Di GTR Burger, anda jangan risau, mereka akan ajar segala-galanya. Antara tips yang kita dapat, walaupun order banyak macam mana pun, kita boleh manage.
“Antara tips-tips yang saya tak pernah lupa sampai sekarang ialah untuk ingat order ialah kena ingat muka orang, dan jika dapat order terus letakkan patty di atas kuali dan In Sya Allah, automatik kita akan ingat order berkenaan,” katanya.
Pada awalnya, bakal penjual burger hanya menjalani latihan di tepi jalan sahaja di lapangan tetapi sekarang ia lebih mudah dengan adanya Akademi GTR tetapi bukan hanya latihan menguruskan order tetapi GTR Burger akan mengajar berkaitan pemasaran, pengurusan dan paling penting ialah proses untuk berkembang.
Sehingga hari ini, jenama GTR Burger ada lebih 300 staller di seluruh negara dan sedang dalam perancangan untuk menambah stall kepada 1,000 pada tahun ini. – SEPATAH DUA