September 26, 2023

Pelakon dan pelawak Wahid Satay meninggal dunia

1 min read

Pelakon dan pelawak veteran terkenal, Wahid Satay, 93 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Singapura, pukul 8 pagi tadi.

Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh beberapa seniman lain dalam Facebook yang turut memaklumkan jenazah boleh dilawati buat kali terakhir di Teban Gardens Road, Teban View, Singapura.

Difahamkan, jenazah Wahid atau nama lengkapnya Abdul Wahid Ahmad akan dikebumikan di Pusara Aman pada pukul 1 tengah hari ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *