Asalnya tidak tahu memasak, sekarang jual burger dengan hasil jualan cecah RM8,000
4 min read
Staller GTR Burger Sijangkang, Hairul Azwan Jamaludin di stall burger miliknya yang dibuka di depan rumah bermula pada November 2021 selepas diberhentikan kerja ketika tempoh PKP. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.
Tidak tahu memasak biasanya akan menjadikan seseorang itu tidak akan menceburi perniagaan dalam bidang industri makanan dan minuman.
Jika berkeinginan pun, ada di antara mereka akan menyertai kursus masakan yang lama ditambah pula dengan bayaran yang mahal.
Kini, ada satu perniagaan makanan yang membolehkan orang yang tidak tahu memasak pun mampu jana hasil jualan beribu-ribu ringgit.
Jika berniaga burger jalanan dengan GTR Burger, tidak tahu memasak tidak akan menjadi satu kekurangan kerana jika seseorang itu tidak ada ilmu berkenaan, pihak GTR Burger akan sediakan modul latihan lengkap untuk menukar diri anda menjadi seorang penjual burger jalanan.
Jenama GTR Burger tidak membiarkan usahawan yang bersama dengan jenama mereka berniaga tanpa latihan yang diperlukan.
Semua yang mahu berniaga burger dengan GTR Burger mesti menjalani latihan bersama Akademi GTR sebelum mula menjalankan operasi stall mereka.
Ini sebenarnya kisah peniaga GTR Burger staller di Sijangkang, Hairul Azwan Jamaludin yang sebelum ini tandus ilmu memasak.
Dengan latihan dan persediaan serta hubungan erat dengan GTR Burger, kini beliau antara peniaga GTR Burger yang berjaya.
Hairul Azwan mula berniaga dengan GTR Burger dengan stall di Sijangkang pada November 2021 menguruskan stall bersama isterinya, Noorshazila Mazlan.

“Selepas beberapa saya buka stall ke-2 di Kebun Baru pada Disember 2022, seterusnya di Shah Alam di Seksyen 19 pada Februari tahun ini dan yang terakhir pada 21 Mei yang lalu di Bandar Parklands, Klang,” katanya ketika ditemui di Sijangkang.
Dalam perniagaan burger, beliau merekodkan hasil jualan purata sekitar RM300 ke RM500 manakala jualan bulanan RM8,000 hingga RM10,000 dengan pendapatan bersih bulanan sekitar RM3,000 ke RM4,000.
“Paling tinggi jualan harian yang saya pernah perolehi ialah RM1,000 lebih,” katanya.
Diberhentikan Kerja Ketika PKP, Bulat Hati Pilih GTR Burger Kerana Sistem Berkesan
Kisah hidup Hairul Azwan sebelum bergelar Abang Burger ialah beliau bekerja sebagai seorang Pegawai Pemasaran di sebuah syarikat sehingga kemudian diberhentikan kerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik COVID-19.
Beliau juga pada ketika itu menghidap beberapa penyakit kronik seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi membuatkan pergerakannya ketika bekerja terbatas.
“Semasa itu, saya ada sakit lemah jantung yang agak kritikal, saya juga sakit darah tinggi satu kombinasi penyakit yang kronik.
“Jadi, penyakit ini menyebabkan kita mungkin jadi kurang bermotivasi tetapi saya cuba kuatkan semangat apabila memikirkan keluarga. Di saat PKP, saya kena berhenti kerja dalam masa sama anak saya yang pertama dilahirkan, jadi agak struggle tetapi hidup mesti diteruskan,” katanya.
Walaupun tidak tahu memasak, beliau cuba sedaya upaya untuk berniaga kerana beliau yakin di akhirnya nanti kejayaan akan pasti berjaya dicapai.
Bercerita tentang saat beliau memilih GTR Burger, Hairul Azwan tidak menunggu lama untuk menjawab iaitu sistem yang digunakan oleh GTR Burger untuk digunakan para usahawannya yang membuatkan beliau memilih jenama itu.
“Kalau kita tengok street burger yang lain, tiada sistem yang boleh memandu para staller ke arah untuk dapat mengetahui jumlah pendapatan yang sebenar dan tepat.
“Di GTR Burger, dengan sistem yang telah direka khas untuk kami, kita dapat menguruskan dengan baik semua stall-stall yang ada di bawah kita dengan kita boleh lihat apa yang jadi di stall hanya dengan menggunakan telefon bimbit sahaja,” katanya.
Katanya, dengan adanya sistem itu yang membuatkan saya bulat hati untuk memilih GTR Burger.
Pengasas GTR Burger Konsisten Sentiasa Berhubung Beri Tips Kepada Staller
Tambahan pula, pengurusan GTR Burger sentiasa mengadakan sesi berhubung dengan peniaga memastikan motivasi, pengurusan dan semangat untuk berniaga kekal kuat dengan memberikan perkhidmatan berkualiti.
“Apa yang GTR Burger berikan kepada kami (peniaga), setiap minggu sebenarnya ada dua kelas pada setiap hari Isnin ada kelas dengan Founder, Founder sendiri yang akan berikan kelas melalui Zoom dan setiap hari Rabu pula, ada kelas khas yang diberikan kepada Fighter.
“Dalam kelas itu, mereka akan berikan tips dan segala ilmu tambahan yang dia boleh bagi kepada kita untuk digunakan di stall masing-masing umpamanya jika seorang staller ada masalah dengan order yang banyak, tersalah buat akan jadi frust dan sebagainya, Founder akan bantu supaya staller tidak akan membiarkan sifat negatif itu akan menjahanamkan perniagaan,” kata Hairul Azwan.

Sekarang, jenama GTR Burger ada lebih 350 stall di seluruh negara dan sedang dalam perancangan untuk menambah stall menjadikan jumlah 500 buah menjelang bulan depan dan 1,000 stall pada tahun ini.
Pada 19 Mei lepas, Pengasas GTR Burger yang juga Pengasas Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR), Nordin Mat menerima Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk memberikan latihan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Program tersebut dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sudah diperkenalkan sejak 2013.
Pengasas Kelab GTR, Nordin Mat menerima surat berkenaan daripada Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, Suhaimi Ali dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya.
Kelab GTR akan memberikan latihan kepada penduduk miskin di bandar yang berdaftar dengan E-Kasih ilmu perniagaan khususnya menjual burger untuk membolehkan mereka dapat mencari pendapatan untuk keluar dari paras kemiskinan. – SEPATAH DUA