Bukan hanya kejar jualan burger jalanan tetapi turut utamakan santapan rohani
4 min read
Pak Jamal sebelum memulakan perniagaan GTR Burger ialah seorang Inspector Oil and Gas secara kontrak dan bekerja di banyak syarikat kemudian melakukan kerja-kerja kebun selepas hilang sumber pendapatan akibat kejatuhan harga minyak dunia. - Foto SEPATAH DUA ONLINE
Sudah lumrah di dalam perniagaan, sasaran yang diletakkan untuk jualan yang tinggi serta mendapat keuntungan yang baik untuk peniaga dan jenama.
Bagaimanapun, bukan semua fokus dan perhatian diletakkan bulat-bulat pada keuntungan semata-mata.
Sesetengah jenama mementingkan keharmonian aspek lain dalam kalangan ahli dalam pasukan antaranya hubungan kukuh dalam pasukan dan kekuatan hati serta rohani dalam menjalankan perniagaan.
Bagi peniaga burger jenama GTR Burger di Air Putih, Kuantan, Pahang Jamal Khair Nasmian jenama burger jalanan itu tidak hanya mengejar keuntungan dan jualan semata-mata tetapi turut memberikan fokus pada santapan rohani.
Mereka yang berniaga burger dengan GTR Burger digelar sebagai Staller akan bersama-sama dengan pengurusan GTR Burger khususnya Pengasasnya Nordin Mat dan Mohd Najib Jalil setiap pagi dalam sesi Zoom untuk berzikir sebagai santapan kepada rohani.
Beliau mengakui perbezaan ketika buat kerja kebun ialah setiap hari keluar duit, tetapi dengan GTR Burger seorang peniaga itu menjana duit.
“GTR Burger membekalkan kita (staller) dengan program rohaniah beserta dengan Da’i setiap pagi, berselawat dengan Da’i pada waktu pagi untuk kebaikan rezeki dan bekalan akhirat kita,” katanya.
Mengimbau kembali saat pertama tahu tentang GTR Burger, Jamal Khair atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Jamal mula mengenali jenama itu pada penghujung tahun 2021.
Beliau berkata pada masa itu, satu kursus diadakan selama tiga hari untuk mencari staller-staller.
Lahir Dari Inisiatif Staller Development Program (SDP)
“Saya bermula lewat sebulan kerana ada sedikit masalah kos dan saya bermula pada bulan November 2021 mengendalikan perniagaan burger dengan mengikuti kelas Staller Development Program (SDP) yang dianjurkan oleh GTR Burger kepad staller baharu.
“Dalam kursus itu, diajar cara-cara memasak burger, pemasaran, jualan dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan pelanggan,” katanya yang diberikan kelas sebagai Fighter di dalam GTR Burger.
Menurut Pak Jamal, Nordin dan Mohd Najib sentiasa memberi galakan untuk terus berniaga dengan semangat yang tinggi dengan menambah lagi stall kepada staller untuk diuruskan secara tanpa modal.
“Pada masa itu saya diberikan satu stall termasuk modal sebanyak RM1,400 dalam bentuk E-wallet digunakan untuk membeli barangan perniagaan daripada stokis,” katanya.
Berdasarkan kepada prestasi jualan yang dipantau oleh GTR Burger melalui sistem, mereka memberi galakan dengan menambahkan lagi stall untuk mempercepatkan jualan kerana prestasi mengendalikan stall awal dengan baik.
Kini, Pak Jamal mengendalikan Stall GTR Burger Berserah,GTR Burger Cenderawasih, GTR Burger Bukit Rangin, GTR Burger Classic Pilot Cafe Telok Sisik, GTR Burger Batu 10 Jaya Gading dan GTR Burger Sungai Karang serta termasuk di Air Putih.
Turut Beri Peluang Kerja Kepada Orang Untuk Bantu Uruskan Stall
Hari-hari berniaga, Pak Jamal berkata jualan purata dalam satu stall kendaliannya di antara RM300 hingga RM450 manakala pendapatan dalam sebulan untuk satu stall antara RM2,500 hingga RM5,000.
“Sekarang jika didarabkan dengan 7 stall, Alhamdulillah dan kita akan berkongsi keuntungan dengan staller lain yang menguruskan stall saya, kerana banyak stall kita tidak boleh jaga semua, kita kena adakan pekerja atau rakan kongsi.
“Jualan harian paling tinggi pernah dapat antara RM500 hingga RM700 dan bulanan untuk satu stall boleh dapat RM10,000,” ujarnya.

Dengan sejarah Pak Jamal yang dahulu bekerja dalam industri minyak dan gas, sudah tentu beliau adalah seorang yang terperinci serta ada kriteria yang diambil kira apabila memilih untuk berniaga dengan GTR Burger.
Bagi beliau, tekad beliau memilih GTR Burger ialah kerana sistem yang digunakan.
“Dengan sistem itu, kita boleh tahu keuntungan kita, jualan kasar kita dan kita tak perlu nak pening kepala untuk hendak buat kira-kira tiap-tiap malam.
“GTR Burger juga memberikan kita latihan berterusan, setiap minggu ada, setiap hari ada,” katanya menambah beliau pernah buat kerja kebun dan kena keluar duit setiap hari, dengan jual GTR Burger beliau dapat duit tiap-tiap hari.
Hilang Kerja Sebagai Inspector Oil and Gas Ekoran Harga Minyak Dunia Jatuh
Bercerita tentang perjalanan pekerjaannya, Pak Jamal berkata beliau pernah bekerja dalam industri minyak berkenaan di banyak syarikat sebagai Inspector Oil and Gas sebagai kakitangan kontrak.
Status jawatan itu menyebabkan beliau bertukar-tukar syarikat tempat bekerja.
“Disebabkan harga minyak dunia jatuh, dan kerja serta kontrak mula berkurangan malahan diburukkan lagi dengan pandemik sehingga saya kehilangan kerja dan kontrak,” katanya.
Selain itu, peluang untuk pekerja diburukkan lagi dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk kembali bekerja menyebabkan beliau kemudian membuat kerja kebun.
Beliau mengakui perbezaan ketika buat kerja kebun ialah setiap hari keluar duit, tetapi dengan GTR Burger seorang peniaga itu menjana duit.
Pak Jamal berasa semua peniaga di bawah GTR Burger beruntung kerana pengasas jenama itu tidak pernah jemu membimbing, memberi nasihat dan tunjuk ajar sehingga ada masa beliau mengadakan pertemuan online dari dalam kereta ketika kesesakan lalu lintas.
“Mereka juga selalu mengadakan kursus tambahan untuk para peniaga GTR Burger untuk sentiasa membimbing perniagaan mereka,” katanya.
Pada 19 Mei yang lalu, Nordin telah menerima Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk memberikan latihan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Program tersebut dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sudah diperkenalkan sejak 2013.
Beliau menerima surat berkenaan daripada Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, Suhaimi Ali dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya.
Kelab GTR akan memberikan latihan kepada penduduk miskin di bandar yang berdaftar dengan E-Kasih ilmu perniagaan khususnya menjual burger untuk membolehkan mereka dapat mencari pendapatan untuk keluar dari paras kemiskinan. – SEPATAH DUA