February 24, 2024

Remaja juga ada peluang berjaya jual burger jalanan dengan latihan dan bimbingan yang betul

5 min read

Staller GTR Burger Jengka 18, Amsyar Danieal Sahnisahbudin mengendalikan jualan burger jalanan di depan rumahnya di Felda Jengka 18, Temerloh, Pahang. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.

Mencari rezeki dengan perniagaan bukan hanya dilakukan oleh orang pada usia tertentu sebaliknya semua peringkat umur ada peluang untuk berniaga apa sahaja sebagai pendapatan.

Sekarang ini, ditambah dengan arus deras kemajuan teknologi dalam dunia hampir semua benda boleh jadi bahan perniagaan.

Bagaimanapun, perniagaan yang berasaskan makanan dilihat sebagai satu punca mendapatkan pulangan yang besar oleh peniaga yang mengusahakannya.

Dari berniaga makanan di restoran sehingga berniaga ke warung pacak tepi jalan, peniaga masing-masing ada peluang sama rata tidak kurang juga berniaga burger tepi jalan.

Bagi seorang anak muda yang kini berusia 18 tahun Amsyar Danieal Sahnisahbudin, di dalam dirinya sudah sebati semangat ingin berniaga makanan kerana sejak kecil sudah membantu bapanya berniaga kedai makan melayan pelanggan.

Jenama burger jalanan GTR Burger dirasakan beliau satu pentas sesuai untuk mula berniaga burger kerana ia memberi peluang kepada semua lapisan umur dan masyarakat asalkan ada usaha dan disiplin dalam berniaga.

Kini, beliau menjalankan operasi stall GTR Burger di Felda Jengka 18, Temerloh, Pahang sebagai seorang usahawan yang dibimbing oleh Staller yang lebih berpengalaman atau peniaga GTR Burger yang digelar Fighter.

Beliau mengendalikan stall berkenaan bersama adiknya Amsyar Affif.

Amsyar Danieal berkata sebelum beliau mula berniaga, beliau hadir latihan selama sebulan di Akademi GTR atas dorongan Fighter beliau Asrifurizan Ahmad Jufri sebagai Protege Fighter GTR Burger.Burger Jalanan

Katanya, disebabkan semangatnya ingin berniaga Amsyar tekad pergi ke Seri Kembangan lokasi akademi untuk menjalani latihan termasuk diajar cara memasak burger di stall burger peniaga lain sebelum diberikan peluang menguruskan stall mereka selepas lulus latihan.

Akademi GTR Beri Ilmu Lengkap Jual Burger Jalanan

“Saya tak pernah pergi naik Grab untuk menjual burger dan pergi belajar sorang-sorang, berkenalan dengan orang-orang peniaga burger.

“Selama sebulan saya duduk di tempat tinggal yang disediakan oleh GTR Burger,” katanya yang menjalani latihan berkenaan sekitar April lepas.

Berniaga di kawasan Felda, antara menu yang menjadi pilihan warga Felda Jengka 18 antaranya ialah Burger Petak dan Wagyu Aussie serta A5, menurut Staller GTR Burger, Amsyar Danieal. – Foto SEPATAH DUA ONLINE.

Menurutnya, dalam latihan yang diberikan Akademi GTR, para peserta akan diberikan latihan tentang prosedur operasi standard (SOP) memasak burger, cara tarik pelanggan, cara naikkan jualan, banyak ilmu yang diajar,” kata Amsyar.

Selepas lulus latihan berkenaan dengan lulus peperiksaan yang dijalankan, beliau menerima satu stall daripada Asri untuk berniaga burger jalanan selama 3 tahun di kawasan tempat tinggalnya di Jengka.

Beliau boleh dianggap antara staller paling muda dan baharu apabila mula berniaga pada 27 Mei yang lepas.

“Selepas 3 tahun, saya akan menerima stall dan semua urusan berniaga saya akan urus sendiri.

“Semasa latihan, saya menjalani peperiksaan tentang sistem perniagaan yang digunakan GTR Burger untuk para peniaga menggunakannya, cara membeli barang perniagaan dan cara memeriksan maklumat jualan,” jelasnya.

Dapat Semangat Mahu Berniaga Lihat Bapa Jual Roti Canai Semasa Kecil 

Amsyar mengenali Asri pada masa bapanya menjual roti canai di restoran milik seseorang dan dihadapan kedai berkenaan ada stall GTR Burger dan pada masa itu beliau baru selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan saya tidak tahu apa-apa pada masa itu.

“Bapa saya panggil saya dan memaklumkan bahawa GTR Burger sedang mencari orang untuk jalani latihan sebulan jadi saya pergi selepas dapat peluang.

“Saya memang minat berniaga dan pernah menjual roti canai di kawasan rumah saya ketika saya berusia 5 tahun,” katanya.

Ketika anak muda ini menjalani latihan memasak burger, beliau belajar membuat burger di bawah tunjuk ajar Staller GTR Burger Sri Petaling, Ahmad Syazmi Ahmad Nazri yang juga memberi latihan kepada bakal peniaga dan peserta Akademi GTR.

Amsyar betul-betul menggunakan peluang berkenaan untuk benar-benar mempelajari sesuatu untuk digunakan semasa beliau sendiri berniaga.

Beliau mula latihan pada pukul 3 petang dan kemudian pulang pada pukul 12 tengah malam.

Berniaga di Jengka 18, Staller GTR Burger kendalian Amsyar mampu menjana jualan purata harian lebih RM200 hingga RM300 setiap hari dan paling tinggi beliau pernah dapat jualan lebih RM800.

Beliau sekarang amat gembira dan seronok berniaga dengan GTR Burger berbanding bekerja sendiri yang biasanya akan memperolehi gaji minimum kira-kira RM1,500.

Staller GTR Burger Jengka 18, Amsyar Danieal Sahnisahbudin turut ada impian untuk mengendalikan banyak stall GTR Burger di negeri Pahang. – Foto SEPATAH DUA ONLINE.

“Saya berasa GTR Burger boleh pergi jauh lagi dengan jenama burger yang baik,” katanya.

Bagi Amsyar, paling mengujakan ialah GTR Burger memberi ruang yang luas untuk seseorang peniaga burger jalanan untuk buka banyak stall kerana sistem yang digunakan lengkap serta boleh memantau segala maklumat perniagaan hanya dengan hujung jari.

Sistem yang dikenali sebagai POS itu amat mudah kerana ia boleh mengira pulangan hasil jualan dan ia dapat mengetahui berapa banyak burger yang dijual dan semua maklumat lain dengan tepat.

Amsyar Sudah Ada Rancangan Untuk Kekal Lama Dengan GTR Burger

Bercerita tentang masa depannya dengan GTR Burger, anak muda ini sudah nampak jelas jalan didepannya untuk terus maju bersama GTR Burger berniaga burger jalanan.

“Semasa latihan GTR Burger sentiasa memberikan latihan tentang bagaimana seorang peniaga harus sentiasa menepati masa, kerja perlu ada sasaran, disiplin diri, motivasi diri.

“Saya minat berniaga apabila melihat bapa saya berniaga semasa kecil, jadi minat itu datang dan kalau dulu kerja saya bantu hantar pesanan makanan kepada pelanggan,” katanya.

Amsyar bukan sahaja seorang anak muda yang minat berniaga dan kini berniaga GTR Burger malahan ramai lagi yang melakukan usaha yang sama melalui lebih 300 stall di seluruh negara dari peniaga pelbagai lapisan masyarakat.

Malah, kini GTR Burger sudah terpilih untuk melibatkan diri dalam Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Melalui bidang perniagaan makanan GTR Burger melalui Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) akan memberi latihan kepada masyarakat miskin bandar untuk keluar dari belenggu kemiskinan melalui usaha berniaga untuk mencari pendapatan.

Kini, sedang tular di seluruh negara ialah GTR Burger Challenge iaitu pertandingan makan burger dengan peserta akan cuba menghabiskan 10 biji GTR Burger dalam masa 15 minit untuk memenangi RM500.

Peserta yang menang pula nanti akan berpeluang untuk menang hadiah wang tunai Grand Finale yang akan diadakan di Lembah Klang dengan menawarkan hadiah RM10,000.

Sudah ada ramai pemenang yang berjaya menyahut cabaran pertandingan berkenaan dan berjaya membawa pulang wang tunai.

Jika anda berminat, anda boleh datang ke mana-mana Stall GTR Burger di seluruh negara dan sahut cabaran GTR Burger Challenge. – SEPATAH DUA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *