February 24, 2024

Filipina keluarkan amaran ‘risiko kesihatan’ Gunung Berapi Mayon keluarkan asap

1 min read

Pemandangan Gunung Berapi Mayon di Wilayah Albay. - Foto AP.

Pihak berkuasa Filipina mengeluarkan amaran “risiko kesihatan” berikutan abu dan gas toksik yang dimuntahkan dari gunung berapi Mayon.

Terdahulu, lebih 12,800 penduduk yang tinggal di sekitar Mayon, satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina dipindahkan ketika ia meletus, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata ia telah merekodkan sekurang-kurangnya satu gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam pada Ahad.

Pakar gunung berapi berkata batuan gunung berapi menghujani kawasan itu sehingga dua kilometer dan pelepasan sulfur dioksida meningkat tiga kali ganda pada 10 Jun.

Bercakap pada sidang media pada 11 Jun, Setiausaha Kesihatan Teodoro Herbosa berkata pihak berkuasa menaikkan tahap bencana alam daripada Tahap 2 kepada Tahap 3 pada 9 Jun dengan memberi amaran kemungkinan penyakit pernafasan akibat terhidu asap.

Kemungkinan letusan besar boleh berlaku dalam beberapa hari atau minggu, tambahnya.

Presiden Filipina Ferdinand Marcos meminta orang ramai untuk mematuhi saranan dan arahan pemindahan oleh kerajaan tempatan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *