February 24, 2024

Lelaki tikam bekas isteri kerana berebut hak penjagaan anak

1 min read

Seorang lelaki didakwa menikam seorang wanita dan bakal suaminya dalam satu kejadian di Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia kelmarin.

Menurut polis, suspek merupakan bekas suami kepada wanita tersebut.

Jurucakap polis Karimun, Gidion Karo Sekali berkata, suspek menikam mangsa kerana bergaduh berebut hak penjagaan anak selepas mereka bercerai.

“Kejadian berlaku ketika suspek datang ke rumah bekas isterinya dan meminta hak penjagaan anak perempuan mereka diberikan kepadanya.

“Namun, bekas isterinya enggan dan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Disebabkan emosi, suspek menikam mangsa di bahagian dada dan bakal suaminya yang berada di lokasi kejadian turut ditikam di perut,” katanya.

Dalam keadaan cedera, bakal suami mangsa datang ke balai polis sambil dibantu penduduk setempat untuk membuat laporan sebelum ke hospital.

Tidak lama kemudian, suspek ditahan polis bersama senjata tajam yang digunakan untuk menikam kedua-dua mangsa.

Sementara itu, keadaan mangsa dan bakal suaminya dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *