Guna penyata untung rugi buat pinjaman perumahan hasil berniaga burger jalanan
3 min read
Memberi peluang luas kepada orang lain untuk berniaga mencari pendapatan adalah satu usaha yang amat baik bagi sesebuah jenama untuk terus berkembang.
Kuncinya, ialah mesti cari peniaga yang betul-betul mahu berniaga, mahu cari pendapatan lengkap dengan semangat yang kuat untuk maju serta ada disiplin yang kuat.
Kemudian, diri peniaga itu sendiri yakin dengan apa produk yang diniagakan serta ada rasa untuk bantu untuk memajukan jenama berkenaan.
Kini, berniaga burger jalanan sudah menjadi satu laluan untuk jenama burger untuk buka peluang kepada mereka yang rasa ingin berniaga tetapi tidak berkemampuan untuk berniaga secara percuma tanpa modal seterusnya mmebantu kumpulan itu untuk mencari pendapatan.
Peniaga burger jalanan GTR Burger Taman Gambang Damai, Kuantan, Pahang Asrifurizan Ahmad Jufri, menyifatkan memberi peluang kepada orang lain untuk turut berniaga terutamanya anak muda untuk bantu mereka, akan percepatkan kemajuan sesuatu jenama itu.
Beliau bermula menjual GTR Burger pada 4 November 2021 dengan membuka stall di Gambang Damai, selepas 3 bulan, beliau ditawarkan oleh pengurusan GTR Burger untuk membuka satu lagi stall burger di Kampung Sri Damai, Kuantan, kemudian stall yang ke-3 di Sungai Isap Jaya, Kuantan kemudian membuka stall ke-4 di Temerloh di depan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS).
Kemudian, stall seterusnya untuk Asri ialah di Felda Jengka 18 yang merupakan stall terkini yang dibuka pada tahun ini.
“Jualan tertinggi harian yang pernah saya catat ialah di Gambang Damai iaitu sebanyak RM1,500 pada tahun 2021 bulan Disember dan juga Januari kerana sambutan amat menggalakkan kerana mendapat tawaran berniaga burger di dalam kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gambang.
Pernah Rekod Jualan Tertinggi Sehingga RM48,000
“Pendapatan bulanan tertinggi pernah saya dapat dengan GTR Burger melalui jualan bulanan ialah RM48,000, Alhamdulillah selepas ditolak kos, pengurusan saya boleh dapat RM20,000 bersih saya dapat pada bulan berikutnya,” katanya.
Bagi stall di Jengka 18, beliau memberi amanah kepada seorang anak muda berusia 18 tahun, untuk menguruskan stall berkenaan iaitu Amsyar Danieal Sahnisahbudin yang merupakan seorang remaja kelulusan dari Akademi GTR.
Mengimbau sejarah pekerjaan beliau, Asri sebelum ini bekerja sebagai seorang petugas hotel dalam bidang makanan dan minuman.
“Kita dalam bidang makanan dan minuman sudah dilatih untuk menjaga kebersihan semasa penyediaan makanan, jangan berlengah jadi itu ilmu yang saya ada dalam bidang hotel.
“Saya tertarik dengan GTR Burger kerana mereka menggunakan cara penyediaan produk mereka seakan-akan mirip dengan cara di hotel dan ia amat mudah bagi saya,” katanya.
Selain dari bekerja di hotel beliau ada berniaga kafe di UIA Gambang dan GTR Burger.
“Menariknya GTR Burger selain dari kafe di Gambang, ia adalah disebabkan sistem digital yang digunakan yang dikawal selia memudahkan tugas seorang peniaga menguruskan akaun harian, jualan dan kita boleh kawal kos serta boleh kawal pembaziran.
“Dengan penggunaan sistem itu, ia akan memberi didikan kepada peniaga GTR Burger untuk berubah dari seorang peniaga biasa kepada seorang peniaga luar biasa kerana dengan sistem berkenaan semuanya lengkap,” jelas Asri.
Buat Pinjaman Bank Boleh Guna Penyata Untung Rugi (P&L)
Bagi dirinya, berniaga sehari-hari jadi amat mudah dan paling penting sistem berkenaan boleh digunakan peniaga untuk membuat pinjaman dari bank untuk perbelanjaan peribadi tidak perlu lagi berharap pada penyata gaji tetapi menggunakan penyata untung rugi (P&L)
“Saya telah gunakan penyata untung rugi saya untuk membuat pinjaman perumahan, maklumlah usia 47 tahun sekarang, dalam usia ini tiada bank yang akan bagi pinjaman tapi Alhamdulillah saya dapat pinjaman dengan Bank Muamalat menggunakan skim yang kerajaan beri untuk peniaga kecil, saya gunakan P&L untuk tujuan itu,” katanya.
Menurutnya, pinjaman berkenaan sudah pun diluluskan dan rumah akan siap pada tahun depan.
Asri sudah tekad biar apa pun yang berlaku dalam GTR Burger saya akan tetap bersama dengan GTR Burger berkenaan bersama dengan Pengasasnya Nordin Mat dan Mohd Najib Jalil serta rakan-rakan peniaga lain.
“Bagi saya, mereka semua adalah guru dan sahabat hingga ibarat menjadi adik-beradik sama-sama berniaga GTR Burger,” katanya.
Kini, sedang berlangsung di seluruh negara ialah GTR Burger Challenge iaitu pertandingan makan burger dengan peserta akan cuba menghabiskan 10 biji GTR Burger dalam masa 15 minit untuk memenangi RM500.
Peserta yang menang pula nanti akan berpeluang untuk menang hadiah wang tunai Grand Finale yang akan diadakan di Lembah Klang dengan menawarkan hadiah RM10,000.
Sudah ada ramai pemenang yang berjaya menyahut cabaran pertandingan berkenaan dan berjaya membawa pulang wang tunai.
Jika anda berminat, anda boleh datang ke mana-mana Stall GTR Burger di seluruh negara dan sahut cabaran GTR Burger Challenge. – SEPATAH DUA