Berniaga burger jalanan perbaiki hidup lepas lebih setahun tiada punca pendapatan
3 min read
Peniaga burger jalanan ada pelbagai sebab memilih untuk mula berniaga burger dan pilihan itu menjadikan mereka yakin untuk terus berniaga.
Di negeri yang popular dengan keropok lekor, Terengganu peniaga burger jalanan di negeri itu ada cara tersendiri untuk memilih jenama burger apa yang mereka akan jual kepada pelanggan.
Mereka akan merasa dahulu patty daging atau ayam yang dikeluarkan oleh jenama berkenaan untuk melihat potensi masa depan jenama makanan jalanan yang akan diniagakan mereka.
Abang GTR Burger yang berniaga di Jalan Jakar, Chukai, Kemaman Terengganu Ahmad Azhar Sulaiman tertarik dan pilih untuk berniaga GTR Burger kerana rasa pattynya yang lain dari yang lain.
Selain dari mencuba rasa GTR Burger, beliau juga diperkenalkan kepada jenama itu daripada Stokis GTR Burger yang dipanggil Abang Din dan seorang peniaga GTR Burger yang dipanggil Saiful untuk cuba berniaga dengannya.
“Pada permulaan, saya tidak tahu menahu pun tentang GTR Burger tetapi oleh sebab ajakan oleh Abang Din stokis dan Saiful staller itu, saya tergerak hati untuk mencuba kerana pada ketika itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tiada pekerjaan.
“Saya berbincang dengan isteri untuk berniaga GTR Burger sebagai incoma tambahan dan bersetuju untuk menjalani latihan di Kuantan pada masa itu, pada hari ke-2 ada sesi memasak dan pada ketika itu saya merasa patty Smokey Daging dan Daging Petak biasa, ia memberi saya satu rasa burger yang sangat lain daripada burger lain,” katanya.
Menurutnya jika hendak dibandingkan dengan burger lain yang ada di pasaran, rasa patty burger GTR buat beliau rasa puas hati kerana rasa daging pada patty GTR Burger amat menyerlah.
Pengembaraan Berniaga Bersama GTR Burger Bermula Disember 2021
Hasil daripada peristiwa yang dianggap tidak sengaja oleh Azhar sehingga hari ini beliau sudah ada 5 stall dengan Stall Burger di Jalan Jakar bermula pada bulan Disember 2021.
“Sekarang saya sudah ada 5 buah stall dengan 2 daripadanya sedang menunggu pekerja. Stall ke-2 dibuka pada bulan Mei 2022 selepas itu tidak sampai 2 3 bulan stall di Masjid Abu Bakar bulan September dibuka stall Mak Lagam dan yang terakhir di bulan Januari 2023 di Jalan Kubang Miang, Dungun,” ujarnya.
Dengan berniaga GTR Burger sekarang, Azhar pernah merekodkan jumlah jualan tertinggi sebulan ialah RM30,000 untuk 5 stall, jualan purata sebulan secara keseluruhan ialah antara RM18,000 hingga RM20,000 setakat ini.

“Jualan harian purata yang pernah saya dapat ialah RM500 dan jualan tertinggi yang saya dapat antara RM700 hingga RM800,” katanya.
Dengan berniaga GTR Burger, pendapatan bersih bulanan untuk stall Jalan Jakar ialah RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.
Azhar yang merupakan graduan bidang ukur bahan dan bekerja dalam industri pembinaan bekerja dengan kontraktor di Kuala Lumpur tetapi sejak PKP kontrak perkhidmatannya tidak disambung.
Selepas itu, beliau cuba mencari peluang rezeki di bidang lain tetapi tidak berjaya.
Perbaiki Hidup Selepas Lebih Setahun Tiada Punca Pendapatan
“Dalam masa setahun saya tiada punca pendapatan dan saya dibantu oleh dua orang yang memperkenalkan saya kepada GTR Burger.
“Pada masa itu ia adalah semasa kumpulan pertama peniaga yang dibuat untuk pantai timur seramai 10 orang pertama dan saya merupakan seorang daripadanya,” katanya.
Dalam reaksi beliau berkenaan cara berniaga dengan GTR Burger, sistem aplikasi yang direka dan dibangunkan sendiri oleh jenama itu amat memudahkan para peniaga berniaga setiap hari.
“Dengan ada sistem ini, kami lebih cekap untuk menyusun stok barang, membuat jualan dengan lebih tepat dan lebih penting penyata untung rugi atau P&L yang dikeluarkan boleh digunakan untuk usahawan GTR Burger memohon apa-apa pinjaman bank,” katanya.
Kini, sedang berlangsung di seluruh negara ialah GTR Burger Challenge iaitu pertandingan makan burger dengan peserta akan cuba menghabiskan 10 biji GTR Burger dalam masa 15 minit untuk memenangi RM500.
Peserta yang menang pula nanti akan berpeluang untuk menang hadiah wang tunai Grand Finale yang akan diadakan di Lembah Klang dengan menawarkan hadiah RM10,000.
Sudah ada ramai pemenang yang berjaya menyahut cabaran pertandingan berkenaan dan berjaya membawa pulang wang tunai.
Jika anda berminat, anda boleh datang ke mana-mana Stall GTR Burger di seluruh negara dan sahut cabaran GTR Burger Challenge. – SEPATAH DUA