December 9, 2023

Wanita muslimah boleh lakukan apa sahaja aktiviti lasak termasuk sky diving

2 min read

Seorang Wanita Muslimah, Aishah Radhiah Adanan sudah bersedia dengan 'jump suit' untuk terjun bebas dari sebuah pesawat dengan payung terjun dari ketinggian lebih 4,000 kaki. - Foto Facebook Aishah Radziah Adanan.

Sebelum ini, ada aktiviti tertentu yang mungkin takut untuk dicuba golongan wanita akibat pelbagai kekangan terutama aktiviti lasak.

Wanita Islam yang menjaga cara pemakaian biasanya jarang mahu mencuba melakukan aktiviti berkenaan bimbang kerana kelasakan itu nanti ada perkara yang tidak sesuai akan berlaku.

Bagaimanapun, dengan teknologi moden dan peralatan terkini, wanita muslimah juga sudah boleh melakukan banyak aktiviti lasak.

Kini, wanita boleh untuk merasai pengalaman terjun bebas payung terjun dari kapal terbang yang sedang terbang pada ketinggal lebih 4,000 kaki berseorangan.

Bagi seorang wanita muslimah Aishah Radhiah Adanan, beliau sudah mencuba pengalaman itu dan ia merupakan satu pengalaman dapat merasai kebebasan dalam diri hanya selama 15 saat tetapi ia amat berbaloi.

“Minggu lepas saya mennghadiri kursus terjun bebas seorang, kelas yang dihadiri ialah kelas teori, praktikal dan ada peperiksaan kecil sebelum terjun, selepas itu anda sudah boleh bersedia, pakai pakaian khas, naik kapal terbang dan siap sedia.

“Pada saat, arahan bersiap sedia diteriak, jantung saya berdegup laju gila dah, ini saatnya kau kena bersedia di depan pintu kapal terbang ketinggian lebih 4,000 kaki,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Menurut Aishah, pada masa itu beliau mula mempersoalkan dirinya apa yang sebenarnya dilakukan menghadiri kursus dan melakukan aktiviti seperti itu.

“Pada saat arahan “Go” dikeluarkan, longai terus rasa badan, berserah dah dan lompat dari kapal terbang.

“Anda berseorangan, kelajuan jatuh ketika terjun adalah 160 ke 180km sejam, anda ada 15 saat sebelum jatuh ke tanah dan anda memikul beg payung terjun yang beratnya berbelas kilogram,” jelasnya.

Aishah berkata pada ketika itu, tiada pilihan lain selain bertenang kerana pada masa 15 saat itu sahaja seseorang perlu bertenang untuk fikir apa patut buat dan buat apa patut buat, lihat di mana dan apa yang sepatutnya dipegang dan ditarik.

Jika panik, anda tidak akan nampak apa perkara yang anda perlu buat.

“Check canopy (payung terjun), adakah ia boleh dikemudi? Hanya bila kau tenang sahaja kau boleh buat semua itu.

“Bila tengok payung terjun dalam keadaan baik, Allahuakbar, rasa kemenangan dan nikmatnya berada dekat awan, kawal payung terjun, terbang seperti burung, MasyaAllah, perasaan itu tidak dapat digambarkan.

“Landing, kena betul-betul tenang, Alhamdulillah everything goes well,” kata Aishah.

Sebagai seorang wanita, menurut Aishah ia adalah satu pengalaman yang berbeza dan ia boleh dicuba serta dilakukan oleh semua.

Beliau akan menyambung latihan sehingga berjaya mendapat lesen, bukan hanya satu sijil yang mengesahkan anda sudah terjun tetapi lesen yang membolehkan anda terjun lagi.

Sijil pengesahan bahawa Aishah Rahdiah Adanan sudah melakukan terjunan payung terjun dari pesawat Cesna 206 di Tekah Aerodrome, di Taiping, Perak. – Foto Facebook Aishah Radhiah Adanan.

“Mungkin boleh bawa seseorang untuk terjun bersama selepas ini, Insya Allah,” katanya.

Aishah menyifatkan aktiviti lasak seperti ini untuk para wanita jika dilakukan, mungkin ada manfaat di masa depan kerana tidak ramai yang ada kepakaran ini.

Bagi yang mahu belajar bagaimana untuk tenang dalam keadaan kritikal, terjun bebas atau skydive boleh diibaratkan sebagai seorang guru yang tepat, kata beliau.

Semua orang boleh skydive khususnya wanita berpakaian busana muslimah pun boleh. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *