Dulu pernah jadi model peragaan, kini jadi abang burger jalanan
4 min read
Staller GTR Burger Kuala Ibai, Terengganu Mohd Amirul Asyraf Azmi di depan stallnya yang terletak di tepi Jalan Tok Adis. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.
Tidak sedikit orang yang mengubah haluan dalam cara mereka mencari rezeki dari bekerja dalam pelbagai bidang kemudian berubah jadi peniaga dalam industri makanan dan minuman.
Ada individu pernah bekerja dalam industri petroleum dan gas, kemudian berniaga makanan dan ada yang bekerja dalam bidang pembinaan kemudian berniaga makanan.
Perniagaan makanan yang dianggap popular pada masa kini ialah berniaga burger tepi jalan. Ada bermacam-macam nama jenama burger muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Ada jenama dengan pelbagai jenis operasi perniagaan. Tidak kurang menyediakan peniaga mereka dengan sistem atas talian yang lengkap untuk digunakan untuk uruskan kerja berniaga.
Elemen-elemen ini menarik orang untuk ceburkan diri dan kemudian berniaga burger jalanan.
Selain daripada mereka yang pernah bekerja dalam industri petroleum dan kemudian jual burgr, jangan terkejut jika ada yang sebelum ini menjadi model peragaan dan kemudian tukar haluan jadi abang burger jalanan.
Bagi peniaga burger jalanan GTR Burger Mohd Amirul Asyraf Azmi, beliau sebelum ini ada seorang model peragaan fesyen catwalk dan fotografi serta bekerja dalam bidang teknologi maklumat, sekarang berubah menjadi seorang penjual burger di stall burgernya ada di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
“Saya mula kenal dengan GTR Burger dari seorang kawan, dia perkenalkan saya dan kata pada saya..”Kau tak nak try ke satu bisnes jual burger tepi jalan, dan saya tanya apa kelebihan dia jual burger tepi jalan dan dia kata perniagaan itu ada sistem yang ‘bankable’ yang lengkap untuk pantau perniagaan,” katanya.
Terus Layari Laman Web GTR Burger Sebaik Diperkenalkan
Sebaik mendengar kata-kata rakannya, beliau tertarik dan terus masuk ke laman web GTR Burger (www.gtrburger.my) dan saya teroka kandungan apa sebenarnya GTR Burger dan sistem perniagaannya.
Menurutnya, pada keesokannya beliau pergi ke satu stall GTR Burger yang ada di Terengganu iaitu di Bukit Payong dan bertanya kepada peniaga atau staller maklumat berkaitan jenama itu.
“Selepas itu, automatik saya cuba satu signature burger iaitu Smokey dan pada saat itu saya tertarik kerana rasa Smokey Burger berkenaan tiada di tempat lain dan pada masa itu saya buat keputusan ada baiknya saya mula buka GTR Burger,” jelasnya.

Amirul berkata beliau memilih pakej bermodal pada ketika itu RM9980 dan beliau berusaha sedikit lebih untuk mendapatkan modal berkenaan dan mengambil pakej itu dan bermula berniaga burger di Jalan Tok Adis pada 11 Januari 2023 yang lepas.
Menceritakan detik awal mula berniaga GTR Burger, beliau berkata pada malam pertama berniaga, stallnya sudah diserbu orang ramai.
“Pada malam pertama, saya sudah diserbu, dan saya jadi kaku kerana sebelum ini tidak pernah terlibat dengan sebarang perniagaan makanan, orang ramai kerana sebelum saya mula berniaga saya dah war-warkan dah berkaitan dengan stall saya di bermacam-macam platform.
Hanya Setengah Bulan Dapat Kutip Jualan Lebih RM4,000
“Saya bermula dengan agak lewat sebenarnya, urusan kewangan GTR Burger bermula pada 21 haribulan dan berakhir pada 20 haribulan, saya mula 11 Januari dan pada masa itu walaupun berbaki tidak sampai sebulan saya sudah berjaya mendapat jualan lebih RM4,000 pada masa itu,” katanya.
Amirul berkata pada tempoh itu, purata jualan stall burgernya sehari RM800 ke RM1,000 untuk setengah bulan itu sahaja dan pada bulan ke-2 beliau boleh mengekalkan kutipan jualan yang sama dan beliau pernah mendapat jualan burger sehari RM1,400.
“Pendapatan bersih bulanan paling tinggi yang saya pernah dapat ialah RM8,500 dan purata pendapatan saya ialah RM5,000 hingga RM6,000,” katanya.
Dengan berniaga GTR Burger walaupun ada pekerjaan tetap, Amirul berasa beliau ingin membuka satu lagi stall untuk mengembangkan perniagaan kerana melihat pendapatan yang diperolehi boleh mencecah lebih dari pendapatan makan gaji.
Pada bulan depan, beliau dalam perancangan untuk membuka stall ke-2 di Seberang Takir.
Menurut beliau, sebelum mula berniaga, beliau hadir kursus latihan yang diberikan oleh GTR Burger dan di situ beliau belajar untuk uruskan perniagaan, bagaimana jalankan operasi perniagaan dalam tekanan jika pelanggan ramai dan GTR Burger memberikan cara bagaimana hendak menguruskannya.
Amirul berkata walaupun masih bekerja keluar pagi balik petang, beliau mampu menguruskan stall burgernya hasil dari tunjuk ajar yang diperolehi dari kursus selama tiga hari berkenaan.
“Macam mana saya uruskan waktu kerja dan perniagaan saya kerana bukan saya seorang uruskan stall, saya ada adik dan waktu saya habis kerja mereka akan bantu buat persiapan untuk buka stall dan kini waktu malam yang sebelum ini habis begitu sahaja kini sudah ada satu perkara yang saya lakukan berfaedah.
“Rakan-rakan sekerja juga tahu saya berniaga dan majikan turut beri sokongan dengan kerap membeli GTR Burger di sini dan mereka pun cakap GTR Burger sedap,” katanya.
Menyentuh mengenai kerjaya sebagai model, Amirul pernah menjadi model untuk fesyen pakaian dan produk selama kira-kira 4 tahun hanya sebagai pendapatan sampingan ketika menetap di Kuala Lumpur sebelum kemudiam buat keputusan untuk kembali ke kampung halaman di Terengganu.
Kini, pertandingan cabaran makan GTR Burger semakin hangat dengan hadiah wang tunai sudah dinaikkan kepada RM600 untuk pemenang yang berjaya habiskan makan 10 GTR Burger dalam masa 15 minit.
Pemenang kemudian layak untuk bertanding di peringkat akhir untuk menang RM10,000.
Pad 16 Julai nanti juga, GTR Burger akan mengadakan Konvensyen GTR Burger yang akan diadakan di Lembah Klang untuk menghimpunkan semua staller GTR Burger dari seluruh negara. – SEPATAH DUA