December 9, 2023

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu calon DUN N13 Kuang tapi dalam ceramah nyatakan PM bodoh

2 min read

Calon PN DUN Kuang, Mohd Rafiq Mohd Abdullah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu ketika berceramah mengatakan PM Anwar Ibrahim "betapa bodohnya dia," di kawasan PDM Kampung Kuang pada 1 Ogos yang lepas.

Calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Selangor Mohd Rafiq Mohd Abdullah yang berkempen dengan memburuk-burukkan kredibiliti pemimpin dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat tidak sesuai dalam adab sebagai pemimpin.

Mohd Rafiq yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada satu ceramah di PDM Kampung Kuang telah menyebut dengan jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang bodoh.

Dalam ceramah yang sama, beliau turut menyelar Presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai muka penipu.

Dari ceramah yang berlangsung selama lebih 20 minit, hanya beberapa minit di hujung sahaja baru beliau menyebut apa perancangannya hanya secara umum tentang apa yang mahu dilakukan di DUN Kuang.

“Kita sangat bersyukur, saya sangat bersyukur tuan-tuan… sebab apa? Sebab Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kalau dia tak jadi Perdana Menteri lah tuan-tuan dan puan puan, kita tak tahu betapa bodohnya dia,” katanya ketika berceramah di depan kira-kira 30 orang yang hadir malam itu.

Sebagai seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan berkempen di sekitar DUN Kuang dengan berkopiah apa sebenarnya adab yang ditunjukkan oleh beliau untuk ditonjolkan kepada pengundi di Kuang?

Selepas video berkenaan tular, pihak pengurusan calon yang menguruskan beliau menuduh video berkenaan diterbitkan sebagai provokasi ke atas mereka.

Persoalan besar, siapa sebenarnya yang mula melancarkan provokasi itu?

Kemudian, akses media kepada program ceramah dan kempen Mohd Rafiq amat terhad dan kebanyakannya tidak dikongsikan oleh kumpulan media dan wartawan yang membuat liputan untuk DUN Kuang.

Calon bebas yang juga penyandang kerusi berkenaan Sallehudin Amiruddin amat mudah untuk berkongsi jadual dan memberikan ruang kepada media membuat liputan tentang kempennya.

Video yang dikatakan provokasi oleh pihak pengurusan beliau, dilihat tidak disunting dan ia dimuatnaik betul-betul dengan kata-kata yang diucapkan oleh Mohd Rafiq sendiri.

Perjalanan kempen beliau juga dilihat hanya bergerak sekitar kawasan yang memang dipenuhi oleh pengundi PAS sahaja dan beliau tidak pun masuk sangat ke kawasan yang menjadi lokasi penyokong BN.

Rata-rata penduduk yang ditanya sekali lalu mengakui mereka tidak mengenali Mohd Rafiq. Bersatu meletakkan beliau sebagai calon untuk mengekalkan penguasaan mereka di kerusi itu yang sebelum ini dipegang oleh Sallehudin.

Kawasan DUN Kuang ada kira-kira 45,000 orang pengundi dan Mohd Rafiq akan bertanding dan menghadapi calon BN Datuk Hasnal Rezua Merican dan Sallehudin.

Hari mengundi awal akan berlangsung esok manakala hari mengundi untuk PRN Dewan Negeri Selangor ditetapkan pada 12 Ogos nanti. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *