December 9, 2023

Walaupun pakej mahal, bulat hati jual burger jalanan kerana ia telus dan berbaloi

3 min read

Pemilik stall GTR Burger Taman Seri Mas, Hulu Langat Nor Sumayyah Muhmad Nek bersama suami Ma'zam Mustafar di hadapan stall mereka. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.

Modal permulaan untuk menjalankan perniagaan berbeza bergantung pada jenis dan produk yang akan dijual tetapi adakalanya modal yang diperlukan tinggi tetapi hasil pulangan yang akan diterima daripada jualan amatlah berbaloi.

Dek kerana itu, ada orang yang sanggup mengeluarkan modal yang besar mendapatkan pakej memulakan perniagaan dengan sesuatu jenama walaupun ia dijual dengan harga yang tinggi.

Kalau memulakan perniagaan dari awal dengan sendiri boleh biasanya tetapi ia memakan masa yang lama serta kajian kos perlu dibuat kepada semua keperluan sebelum mula berniaga.

Kini, orang ramai mencari pakej perniagaan yang disediakan jenama untuk menjimatkan masa yang akan digunakan untuk memulakannya.

Sekarang, jual burger jalanan pun ada bermacam-macam jenama yang menyediakan pelbagai pakej tetapi satu jenama semakin meningkat dan menyerlah iaitu GTR Burger.

Kalau ditelusuri sejak awal, pakej untuk memulakan perniagaan GTR Burger bermula dengan pakej RM8250 kemudian RM9980 dan kini ia sudah berharga RM14,300.

Walaupun Pakej Berharga Mahal, Ia Tetap Jadi Rebutan

Jenama GTR Burger dikecam di media sosial dek kerana pakej berniaga dikatakan berharga tinggi tetapi pada masa sama, pakej itu tetap dicari oleh mereka yang mahu membuka perniagaan jalanan.

Itulah pandangan yang ada oleh peniaga GTR Burger di Taman Seri Mas, Hulu Langat Nor Sumayyah Muhmad Nek yang buat keputusan mula buka gerai atau stall GTR Burger walaupun pada mulanya ada ragu tetapi kini amat yakin ia adalah satu perniagaan yang berbaloi dijalankan.

Beliau berkata pada awalnya, beliau tidak pernah berminat untuk berniaga makanan dan minuman kerana masalah paling kritikal menguruskan perniagaan berkenaan ialah masalah pekerja.

“Sebelum ini, suami saya ingin mencari satu perniagaan untuk diberikan kepada anak untuk mencuba dan antaranya ialah menjual burger… Daripada memberikannya stall kosong dan menjual burger jenama lain, beliau cari nampak GTR Burger ada sistem, sebab itu dia pilih GTR Burger.

“Oleh sebab dia pilih GTR Burger untuk anak dia saya pun ambil peluang untuk buka satu stall di Taman Kajang Sentral untuk bantu adik saya, belum bulat hati lagi, tapi bila saya nampak sistemnya bagus maksudnya kita boleh tahu duit ke mana, beli apa, kenapa sales kurang pun kita boleh tahu kita boleh jejak,” katanya.

Selepas yakin, Nor Sumayyah berkata beliau terus buka lagi satu stall di Cheras Perdana dan kemudian selepas ia beroperasi selama dua bulan, beliau membuka stall di Seri Mas berkenaan.

Beliau mula berniaga dengan GTR Burger pada Ogos tahun lepas dan dua stall pertama dibuka di Tebrau, Johor dan Taman Kajang Sentral.

“Stall di Tebrau dikendalikan oleh anak saya, tapi dari masa ke semasa dia tak mampu untuk mengendalikannya kemudian dia serahkan stall itu semula kepada saya dan ia kemudian dibawa ke Lembah Klang dan ia dihantar ke Jade Hill, Kajang,” katanya.

Nor Sumayyah mengendalikan empat stall GTR Burger di Kajang Sentral, Jade Hill, Taman Seri Mas dan Cheras Perdana bersama suaminya Ma’azam Mustafar yang masih bekerja.

Tidak Peduli Pakej Tanpa Gas Memasak Kerana Nampak Masa Depan GTR Burger

Menurut beliau, ketika beliau mendapatkan pakej berkenaan ia berharga RM8250 dan ia amat viral kerana pakej berkenaan tidak disertakan dengan tong gas memasak.

“Perkara itu sedikit pun sebenarnya tidak membantutkan usaha saya cari stall lagi dan saya tak perlukan pertikai pun isu berkaitan tong gas kerana saya nampak potensinya pada masa depan.

“Selepas selesai pembayaran, GTR Burger akan jelaskan apa peralatan yang akan disediakan bersama stall, saya dapat stall siap dengan lampu dan peralatan untuk memasak serta bekas-bekas meletakkkan bahan-bahan serta dapur dan modal dalam bentuk E-Wallet berjumlah RM1,400 untuk pembelian stok patty dan bahan-bahan lain,” katanya.

Sekarang ini, untuk memulakan perniagaan GTR Burger, pakejnya berharga RM14,300 dan kini ia datang lengkap dengan tong gas memasak.

Bagi stall beliau, jualan purata harian di satu stall kendaliannya ialah RM400 sehari dan pernah jualan sehari mencecah hampir RM800 dan selepas tolak semua kos perniagaan dan pendapatan bersih Nor Sumayyah ialah RM4,000 untuk sebuah stall.

Beliau turut mahu mengucapkan terima kasih kepada GTR Burger kerana pada setiap masa sentiasa memberi bantuan sokongan nasihat berkaitan sistem, produk dan staller boleh menyuarakan sebarang masalah kepada pengurusan dan tindakan susulan akan diambil sama ada cepat atau lambat.

“Sekarang ini GTR Burger telah berjaya membuatkan orang ramai melihat stall burger yang ada ini semakin ada nilai, maksudnya nilai dulu ketika saya beli RM8250, kini sudah berbelas ribu, dulu RM8250 orang kecam sekarang orang berebut hendak beli.

Selain daripada berniaga dengan stall, GTR Burger boleh menyediakan tempat berniaga lain sesuai dengan keperluan peniaga berkenaan.

Anda hanya perlu menghubungi GTR Burger dengan melayari laman web www.gtrburger.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *