Kalau tiada modal, boleh berniaga burger jalanan dengan stall percuma tapi mesti sungguh-sungguh
3 min read
Kalau mahu berniaga, mesti ada modal untuk memulakan perniagaan berkenaan untuk membeli peralatan, barang serta stok yang hendak dijual.
Ada usahawan memulakan perniagaan dengan usahanya sendiri menggunakan modal yang ada menyelesaikan satu demi satu perkara yang diperlukan sebelum mula berniaga. Tidak kurang juga yang mahu berniaga tetapi tidak mempunyai modal.
Walaupun tidak memiliki modal, tetapi ada sesetengah individu memiliki semangat ingin berniaga dan mahu bersungguh-sungguh berjaya.
Ada jenama menyediakan pakej berniaga untuk menjual produk mereka dengan harga tertentu bergantung kepada keperluan usahawan berkenaan.
Jangan terkejut, ada jenama makanan yang turut menyediakan pakej memulakan perniagaan tanpa modal tetapi mencari orang yang betul-betul berniaga tetapi berdepan kekangan untuk memulakannya kerana tiada modal.
Jenama makanan jalanan GTR Burger ada menyediakan peluang untuk mereka yang tiada modal tapi mahu berniaga.
Staller GTR Burger Sungai Tangkas, Kajang, Mohd Rafaie Ahmad Jamungi mula berniaga dengan GTR Burger dengan mendapat stall percuma ini beberapa bulan lepas selepas menjalani latihan lengkap bagaimana menjalankan perniagaan burger jalanan.
Beliau mula beroperasi dengan stall GTR Burger pada 22 Jun yang lalu sudah hampir tiga bulan berniaga jalanan dengan jenama GTR Burger.
Hilang Pekerjaan Akibat PKP, Bersyukur Ada Pendapatan RM2,000 Hasil Berniaga Burger
“Sejak berniaga dua bulan yang lalu dengan GTR Burger, saya boleh dapat pendapatan bersih hasil dari keuntungan menjual burger jalanan ini kira-kira RM2,000 sebulan.
“Saya bersyukur kerana sebelum ini saya hilang pekerjaan dalam industri pembinaan tapi sekarang saya kembali ada pendapatan,” katanya.
Mohd Rafaie berniaga GTR Burger dengan mendapat stall percuma dan kemudahan itu disediakan dengan pendapatan melalui perkongsian keuntungan dengan GTR Burger dengan nisbah 70 peratus untuk beliau dan 30 peratus untuk GTR Burger.
Selesai latihan, beliau menerima stall untuk berniaga kira-kira lebih sebulan selepas itu.
“Saya menerima stall atau gerai, termasuk semua peralatan dan barang berniaga seterusnya hanya perlu pilih lokasi sesuai sahaja untuk memulakan perniagaan.
“Stok barangan seperti patty burger, roti, marjerin serta sos ada disediakan di stokis dan peniaga hanya perlu buat pesanan dan mengambil barangan di stokis dan ia amat memudahkan,” katanya Mohd Rafaie.
Menurut beliau, latihan yang perlu dijalani oleh bakal peniaga burger jalanan pada masa itu ialah selama 2 minggu dan selama seminggu peserta akan diamanahkan untuk berada di stall GTR Burger terpilih selama seminggu berseorangan mengendalikan perniagaan.
“Kami mendapat latihan dalam situasi sebenar mengendalikan stall burger termasuk mengambil pesanan dan menyediakan burger yang pelanggan minta.
“Sepanjang latihan, kami diajar bagaimana memasak burger, diajar strategi tarik pelanggan dan diajar ilmu pemasaran serta bagaimana berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke stall,” ujarnya.
Bercerita kisah pencarian rezeki beliau sebelum GTR Burger, Mohd Rafaie bekerja di syarikat berkaitan pembinaan sudah 7 tahun sebelum perniagaan syarikat berdepan masalah selepas negara dilanda wabak pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan melarat selama dua tahun.
“Syarikat tempat saya bekerja itu cuba untuk bertahan tetapi ia berdepan masalah selepas negara dalam tempoh PKP ditambah pula dengan harga barangan pembinaan meningkat naik tetapi gagal.
“Kira-kira 2 tahun selepas PKP, syarikat itu gagal meneruskan operasinya sehingga saya hilang pekerjaan.
“Selepas itu, saya sebelum ini sudah lama mengikuti laman media sosial GTR Burger kerana pernah mencuba makan dan sukakan rasa burgernya, sehinggalah pihak GTR Burger mengeluarkan iklan mencari siapa yang berminat untuk berniaga burger,” katanya.
Beliau pun menyertai program latihan berkenaan dan kemudian menerima stall untuk menjalankan perniagaan.
Tetap Komited Untuk Terus Berniaga GTR Burger
Kini, beliau tetap komited untuk meneruskan perniagaan ini dan jika ada pekerjaan lain, ia akan tetap diteruskan sebagai satu punca pendapatan sampingan dalam hidupnya.
Mohd Rafaie mengucapkan terima kasih kepada GTR Burger kerana memberi peluang kepada beliau untuk berniaga dan mencari pendapatan dengan berniaga tetapi tidak memulakan dengan modal.
“Peluang seperti ini jarang-jarang diberi dan saya amat bersyukur,” katanya.
Beliau berharap GTR Burger akan meneruskan program berkenaan dan memberikan peluang yang sama kepada lebih ramai lagi orang yang ingin berniaga tetapi tidak berkemampuan kerana tidak mempunyai modal.
Selain daripada berniaga dengan stall, GTR Burger boleh menyediakan tempat platform berniaga yang lain sesuai dengan keperluan peniaga berkenaan.
Anda hanya perlu menghubungi GTR Burger dengan melayari laman web www.gtrburger.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kini, GTR Burger ada lebih 300 stall burger yang beroperasi di seluruh negara. – SEPATAH DUA