Dari hanya kerja sambilan, sekarang terus setia jadi peniaga burger jalanan
4 min read
Terdapat pelbagai kisah dan cerita tentang bagaimana seorang peniaga jalanan bermula berniaga mencari rezeki setiap hari selama berjam-jam lamanya.
Ada yang usaha cari modal dan bina sendiri perniagaan, ada yang berniaga dengan menggunakan kenderaan sendiri ada juga yang mendapatkan produk dari jenama tertentu untuk dijual untuk berniaga.
Kalau makanan jalanan yang paling terkenal untuk jadi seorang peniaga jalanan ialah menjual burger.
Ada ribuan rasanya kalau dikira gerai burger di seluruh negara.
Ada yang ada jenama dan ada yang fikirkan cara yang paling sedap masak burger dengan menggunakan patty yang sedia ada.
Bagi seorang peniaga jalanan GTR Burger Mohd Saiful Nizam Mansur, beliau berniaga burger jalanan dengan satu jenama yang kini semakin terkenal di Malaysia dan ia bermula pada tahun 2021 ketika negara masih lagi dalam krisis pandemik COVID-19 pada masa itu.
Beliau bermula dengan jenama GTR Burger pada tahun sama iaitu pada bulan Mei dengan bekerja menguruskan gerai burger atau stall milik peniaga lain, Ahmad Syazmi Ahmad Nazri yang beroperasi di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan di Selangor.
Mula Bekerja Sambilan Makan Gaji Sebelum Diberi Peluang Kongsi Keuntungan
“Saya mula dengan GTR Burger dengan bekerja di bawah Syazmi selama kira-kira lima bulan sebelum kemudian stall burger berkenaan diberikan kepada saya untuk diuruskan sepenuhnya secara perkongsian keuntungan dengan beliau.
“Stall di Taman Universiti Indah bukan dibeli oleh saya tetapi ia di bawah perkongsian dengan Syazmi yang dikenali sebagai Fighter di dalam GTR Burger,” katanya.
Selepas kira-kira lebih setahun, Mohd Saiful Nizam diberikan satu lagi stall burger untuk diuruskan sepenuhnya di sekitar Olive Hill, Seri Kembangan sebelum berpindah di depan restoran Ali Corner Pinggiran Putra juga di kawasan Seri Kembangan.
Menurut beliau, selain menjadi peniaga GTR Burger, stall beliau turut menjadi tempat bakal peniaga burger baharu di bawah GTR Burger menjalani latihan memasak burger dan menguruskan stall sendiri sebelum mereka diberikan stall untuk diuruskan sendiri.
Katanya, sebelum kini ada Akademi GTR sekitar 2021 dan 2022 para staller baharu yang akan berniaga GTR Burger akan berlatih memasak di stallnya.
“Selama lebih seminggu, mereka akan diajar memasak dan menggunakan sistem GTR Burger sebelum mula berniaga,” menurut Mohd Saiful Nizam.
Pernah Dapat Pendapatan Keuntungan Bersih RM4,500 Sebulan
Ketika menguruskan stall di Taman Universiti Indah, beliau berkata pendapatan hasil keuntungan bersih yang pernah diperolehinya ialah RM4,500 dengan jumlah purata jualan bulanan RM13,000 hingga RM15,000.
Katanya, jumlah jualan purata harian di stall berkenaan juga adalah antara RM350 hingga RM700 dan kadangkala ia boleh mencecah RM1,000.
“Sebagai seorang peniaga burger jalanan, jika jualan harian antara RM300 hingga RM500, biasanya seorang peniaga akan ada masa untuk duduk sebentar berehat sepanjang di stall, bagaimana pun jika jualan lebih RM500 dan pelbagai jenis burger dijual, biasanya seseorang peniaga burger jalanan tidak ada sempat masa untuk duduk,” katanya.
Mohd Saiful Nizam berkata sekarang ini GTR Burger ada akademi sendiri untuk melatih peniaga baharu yang bakal berniaga selepas membeli pakej memulakan perniagaan lengkap dalam tempoh tertentu untuk mereka bersedia mengendalikan perniagaan sendiri.
“Di akademi, jika ada bakal peniaga burger yang tidak tahu tentang perniagaan atau berniaga jalanan, mereka akan diberikan latihan lengkap dalam persekitaran untuk belajar tentang prosedur, memasak dan penggunaan sistem.
“Selepas itu, mereka akan ditempatkan di stall GTR Burger dan diberi peluang mengendalikan stall berkenaan sendiri selama beberapa hari dan mereka diajar bagaimana untuk mendapatkan jualan dan meningkatkannya di dalam latihan,” katanya.
Bakal Peniaga Burger Jalanan Akan Diberikan Latihan Lengkap Sebelum Berniaga
Sepanjang latihan, para staller baharu akan diberikan ilmu bagaimana untuk menangani bilangan pelanggan yang ramai secara tiba-tiba dan bagaimana untuk menggunakan cara promosi untuk membuat pemasaran untuk meningkatkan hasil jualan, menurut beliau.
Mohd Saiful Nizam berkata beliau yakin dengan memilih untuk berniaga GTR Burger kerana kagum dengan kehebatan jenama berkenaan dan sambutan yang diberikan oleh orang ramai ke atas produk burger yang dikeluarkan.
“Ketika saya mula kenal GTR Burger, ketika itu PKP fasa ke-2 dan saya tidak bekerja langsung sehingga satu hari saya keluar pada waktu petang untuk beli burger yang gerainya baru dibuka, tapi pada masa itu saya tidak tahu jenama burger itu.
“Saya pun beli, dan sebelum itu ada yang promosikan burger Smokey pada saya dan saya rasa sedap sehingga sejak itu setiap hari saya beli dan makan sehinggalah pemilik stall berkenaan Syazmi menawarkan kerja secara sambilan kepada saya,” katanya.
Pada hari ke-2 dan ke-3, beliau sudah rasa ingin berhenti kerana tiada langsung masa rehat kerana stall dibuka dari pukul 3 petang dan ditutup pukul 8 malam dan pelanggan begitu ramai datang serentak sehingga saya berasa letih dan penat.
“Apabila saya tahu bahawa pada masa itu stall Taman Universiti Indah ialah stall yang merekodkan jualan paling tinggi di Malaysia, saya jadi bersemangat dan terkejut serta baru tahu bahawa stall berkenaan berniaga dengan membawa produk jenama GTR Burger.
“Saya berbangga kerana dapat bekerja di stall yang catat jualan tinggi dan terus bersemangat untuk terus kekal sehingga sekarang dengan GTR Burger,” kata Mohd Saiful Nizam.
Selain daripada berniaga dengan stall, GTR Burger boleh menyediakan tempat platform berniaga yang lain sesuai dengan keperluan peniaga berkenaan.
Anda hanya perlu menghubungi GTR Burger dengan melayari laman web www.gtrburger.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kini, GTR Burger ada lebih 300 stall burger yang beroperasi di seluruh negara. – SEPATAH DUA