December 9, 2023

Berniaga burger jalanan tapi bahan promosi sudah tersedia dihasilkan, tinggal guna sahaja

4 min read

Tiga sekeluarga, (kanan sekali) Mohamad Amirul Shazrie Mohamad Zamrie, (tengah) adik Nur Amira Aqila Mohamad Zamrie dan isteri Nur Sakinah Ithnin sepakat mengendalikan Stall GTR Burger di Taman Medan sejak enam bulan lepas. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.

Kalau berniaga, promosi untuk mengajak orang mendapatkan produk yang dijual atau datang ke tempat berniaga adalah satu perkara mustahak yang mesti dilakukan.

Tambahan pula, jika baru mula berniaga dan orang ramai masih tidak tahu ada benda baru yang dijual disitu ia akan menjejaskan permulaan si peniaga.

Ada perniagaan yang menggunakan sistem ejen untuk menjual produk makanan tambahan, produk kecantikan atau produk kesihatan sudah siap menyediakan strategi promosi serta bahan untuk tujuan berkenaan untuk digunakan oleh ejen.

Bagaimana jika ada jenama produk jalanan yang turut siap menyediakan bahan promosi yang sudah sedia digunakan oleh para peniaga yang berniaga menjual produk keluarannya.

Jenama GTR Burger, iaitu jenama burger jalanan di Malaysia yang sudah bertapak di negara ini sejak 2021 menyediakan bahan promosi dan langkah pemasaran untuk peniaga mereka, hanya tinggal guna sahaja.

Bagi seorang peniaga GTR Burger atau lebih dikenali sebagai Staller di Taman Medan Mohamad Amirul Shazrie Mohamad Zamrie, perkara itu yang amat memudahkan mereka yang mencari rezeki berniaga dengan GTR Burger untuk mendapatkan pelanggan untuk membeli burger mereka.

Poster, Gambar Sudah Tersedia Dihasilkan oleh GTR Burger Untuk Peniaga

“Satu perkara yang saya suka berniaga burger jenama GTR ialah pihak pengurusan sudah membantu dari aspek promosi dengan menyediakan poster, video yang memang cantik dan sesuai untuk digunakan.

“Sebagai peniaga, hanya ambil dan guna sahaja untuk tujuan pemasaran,” katanya.

Beliau mula berniaga dengan GTR Burger pada 21 Mac 2023 yang lepas di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor betul-betul di depan Klinik Kesihatan Taman Medan.

Menurut beliau, berniaga GTR Burger di Taman Medan membolehkan beliau mendapat kutipan hasil jualan kira-kira RM300 hingga ke RM600 untuk harian dan kini mendapat purata hasil jualan bulanan dalam RM9,000.

“Saya pernah mendapat pendapatan bersih hasil dari penyata untung rugi RM7,000 hingga RM8,000 dan kerap memperolehi hasil jualan harian sekitar RM600 hingga RM700,” katanya.

Mohamad Amirul mengendalikan stall GTR Burger Taman Medan bersama dua lagi ahli keluarganya iaitu isterinya Nur Sakinah Ithnin dan adiknya Nur Amira Aqila Mohamad Zamrie.

Beliau yang berniaga dengan mendapatkan pakej RM9980 berkata, ketika menjalani latihan di Akademi GTR Burger ada latihan yang mengajar bakal Staller untuk menghasilkan kandungan seperti membuat video untuk menarik jualan dan pelanggan.

Bagaimanapun, pada peringkat awal pasti ada masalah untuk mula berniaga dan Mohamad Amirul mendapatkan rujukan dari jurulatih dan juga para Staller lain untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk mengatasi masalah yang dihadapi seperti menguruskan stall burger.

Bekerja sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina, Mohamad Amirul mengenali GTR Burger selepas memakannya ketika bekerja lewat malam.

“Saya kenal GTR Burger ketika bekerja malam dan pada masa itu hendak makan malam tapi tidak tahu hendak makan apa, jadi satu hari ada kawan yang rakan yang bekerja di GTR Burger Setia Alam yang dikatakan lebih sedap dari jenama burger yang lain.

“Saya pun memang suka burger jadi kami pergi ke Setia Alam berhampiran Eco Ardence di sana dan pada masa itu saya hanya pesan burger petak biasa dan makan apabila balik ke tapak pembinaan.

“Saya hanya makan burger petak biasa tetapi rasanya sangat berbeza,” katanya.

Selepas hari itu, beliau berkata hampir setiap hari mereka membeli GTR Burger dek kerana kesedapan rasa burgernya walaupun hanya burger biasa.

Dari Berkongsi Makan Burger, Terus Tercetus Idea Buka Stall GTR Burger

Katanya, selepas itu beliau beli GTR Burger dan kemudian berkongsi makan bersama isteri dan adik sehingga mereka juga menyatakan yang burgernya sedap sehingga tercetus idea untuk berniaga GTR Burger.

Mereka bertiga sebelum ini ada melakukan perniagaan kecil-kecilan secara online dan kemudian memilih GTR Burger untuk mengembangkan perniagaan sampingan kerana kesemua mereka masih bekerja tetap.

Mohamad Amirul mengambil pakej perniagaan sebagai Staller dengan pakej RM9980 menjalani latihan dengan akademi selama seminggu dan kemudian menerima semua peralatan berniaga kecuali tong gas.

Pengurusan GTR Burger amat prihatin dalam menyediakan semua peralatan berniaga seperti tablet, alat memasak dan juga turut memberikan pen marker untuk memudahkan peniaga menanda pesanan burger yang dibuat.

“Marker pen pun mereka prihatin untuk sediakan sekali dalam pakej, itu memang terbaik,” katanya.

Mereka bertiga bersyukur kerana GTR Burger mewujudkan peluang seperti ini untuk orang yang tidak biasa berniaga boleh berniaga dengan sistem lengkap dan juga sokongan teknikal yang baik kami dapat berniaga dengan baik.

“Dengan semua kemudahan ini, kami dapat berniaga dengan baik dengan sistem yang ada direka oleh GTR Burger.

“Selepas selesai berniaga, ambil masa duduk masukkan semua maklumat pesanan kemudian laporan niaga harian akan siap dengan automatik lengkap dengan pengiraan, sistem amat memudahkan,” katanya.

Selain daripada berniaga dengan stall, GTR Burger boleh menyediakan tempat platform berniaga yang lain sesuai dengan keperluan peniaga berkenaan.

Anda hanya perlu menghubungi GTR Burger dengan melayari laman web www.gtrburger.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kini, GTR Burger ada lebih 300 stall burger yang beroperasi di seluruh negara. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *