December 9, 2023

Mahu makan GTR Burger tapi malas ke stall, pesan sahaja dengan Foodpanda

2 min read

Pengasas Bersama GTR Burger Najib Jalil (tengah) bersama dengan wakil Foodpanda iaitu Ketua Pengurusan Akaun, Cheah Yee Yang (kanan) dan Pemgarah Komersial Jay Ar Juan (kiri) ketika sesi bergambar sempena kerjasama antara GTR Burger dan Foodpanda di ibu pejabat Foodpanda di Bangsar, 19 Oktober lepas. - Foto SEPATAH DUA ONLINE.

Peminat burger jalanan GTR Burger kini boleh menikmati pilihan burger kegemaran mereka hanya di rumah apabila boleh memesan burger mereka hanya dengan menggunakan aplikasi Foodpanda.

Baru-baru ini pada 19 Oktober lepas, satu sesi bergambar dan pertemuan ringkas telah diadakan di ibu pejabat Foodpanda di Bangsar bersama GTR Burger bagi memberitahu kepada peminat GTR Burger mereka kini boleh menikmati kemudahan ini.

Pengasas Bersama GTR Burger Najib Jalil berkata pihak GTR Burger bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Foodpanda bertujuan untuk memastikan GTR Burger dapat sampai ke setiap rumah di negara ini.

“Tujuan kita ialah kita mahu burger kita dapat sampai ke setiap rumah di Malaysia ini dengan menggunakan perkhidmatan Foodpanda, kita masak burger mereka hantar dan setiap orang boleh menikmati saat mereka bersama dengan GTR Burger di rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas selesai sesi bergambar.

Menurut beliau, kerjasama itu juga akan membawa manfaat kepada peniaga atau Staller GTR Burger untuk menambahkan pendapatan mereka dengan sasaran menerima 50 peratus pesanan daripada Foodpanda dan 50 peratus lagi melalui pesanan cara biasa.

“Dengan adanya kerjasama ini, kita boleh meningkatkan pendapatan mereka (staller) dengan 30 atau 40 peratus lagi,” katanya.

Najib berkata pihak GTR Burger juga akan memberikan kesedaran kepada para peniaga GTR Burger tentang pentingnya mereka menggunakan kemudahan aplikasi Foodpanda ini untuk perniagaan stall burger mereka.

“Mereka staller harus tahu betapa pentingnya pesanan dengan cara biasa dan perkhidmatan penghantaran menyeluruh untuk makanan sampai ke rumah kerana hari ini tidak semua orang mahu keluar dengan kesesakan lalu lintas dan kadar aliran trafik yang tinggi.

“Dengan adanya kemudahan Foodpanda, GTR Burger dapat sampai kepada pelanggan kita dapat menikmati semua menu yang ada dengan GTR Burger,” katanya.

Sementara itu wakil dari Foodpanda iaitu Ketua Pengurusan Akaun Foodpanda Cheah Yee Yang berkata sesi bergambar ini diadakan sempena penyertaan GTR Burger sebagai rakan strategik untuk GTR Burger menggunakan kemudahan penghantaran Foodpanda.

“Sebagai rakan strategik Foodpanda akan mengutamakan GTR Burger dalam apa-apa program yang berkaitan dengan pemasaran kerana itu antara kemudahan yang akan dapat dinikmati melalui kerjasama ini,” katanya.

Bagi Najib, pihak GTR Burger meletakkan sasaran pulangan jualan lebih RM1 juta dalam masa dua bulan pertama kerjasama ini bermula.

Di seluruh negara, kini ada kira-kira 50,000 penghantar makanan aktif Foodpanda. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *