February 24, 2024

Operasi penghantaran stok lancar, usahawan burger jalanan Sabah boleh buat lebih RM9,000 sebulan

4 min read

Usahawan GTR Burger di Sabah Ahmad Bachok yang kini mengendalikan 8 stall di negeri di bawah bayu itu.

Kejayaan operasi satu-satu perniagaan berkaitan makanan dan minuman amat bergantung kepada bekalan bahan mentah dan barang-barang niaga untuk sampai ke pelanggan dengan lancar tanpa melibatkan sebarang masalah.

Bagi sesebuah jenama makanan, proses penghasilan bahan serta penghantarannya kepada peniaga yang menjual terus kepada pelanggan adalah satu rangkaian operasi penting memastikan kepuasan pelanggan.

Jenama burger jalanan GTR Burger, kini ia mempunyai hampir 300 buah gerai atau stall di seluruh Malaysia.

Pasukan pengurusannya memastikan proses penghantaran barang-barang niaga ini dapat sampai dengan baik kepada peniaga walaupun jarak antara pihak pembekal atau stokis dengan peniaga beratus-ratus kilometer khususnya di Sabah dan Sarawak.

Peniaga atau Staller GTR Burger di Sabah, Ahmad Bacho yang mengusakan perniagaa itu dengan isterinya Noorlaila Helleng, beliau kini menguruskan 7 stall GTR Burger di sekitar Sabah dan stokis pembekal terletak di Kota Kinabalu.

Hasil daripada proses penghantaran bekalan yang lancar ini membolehkan beliau mengutip purata hasil jualan harian di 7 stall burger bawah jagaannya kira-kira RM500 hingga RM600 sehari.

“Rata-rata semua stall yang saya handle, purata dalam RM500 RM600 sehari jadi pendapatan bulanan bersih yang saya boleh dapat ialah dalam sebulan kira-kira RM8,000 hingga RM10,000.

Pelanggan mendapatkan burger di stall GTR Burger Sipitang, iaitu stall pertama daripada 7 stall milik Ahmad yang beroperasi di Sabah.

“In Sha Allah, saya sasarkan untuk ada 10 stall sebelum bulan Mac tahun depan, sekarang sudah Disember ada berbaki lagi sebulan dan saya perlukan 2 stall lagi untuk capai sasaran saya, mudah-mudahan tercapai,” katanya.

Ahmad berkata bagi stall pertama beliau di Sipitang, jarak antara stall dengan stokis mengambil masa 2 setengah jam ke 3 jam.

Hantar Stok Guna Bas Penumpang Ke Lokasi Stall GTR Burger

Katanya, cara penghantarannya ialah selepas stok dipesan pihak stokis akan membuat pembungkusan yang kemas dan ia akan dihantar menggunakan bas penumpang yang besar dari Kota Kinabalu untuk stall di Sipitang.

“Bagi saya punya stall di Papar, orang yang menguruskan stall di sana di Papar yang tidak jauh daripada Kota Kinabalu hanya dalam masa satu jam, mereka biasanya akan pergi sendiri bawa kereta sendiri dan ambil sendiri di stokis.

“Untuk stall saya di Labuan, saya mengalami sedikit masalah kerana Labuan terpisah daripada daratan Sabah dan perlu menyeberangi laut… Jadi, stok yang sampai daripada Kota Kinabalu ke Sipitang saya akan simpan di dalam petik sejuk di Sipitang.

Penghantaran stok GTR Burger ke stall di Labuan dari Sipitang.

“Keesokannya, saya akan membungkusnya semula di dalam kotak barulah saya akan menghantarnya menggunakan bot penumpang yang akan bergerak setiap hari dari Sipitang ke Labuan dengan 2 perjalanan sahaja iaitu pukul 8 pagi dan 1 tengah hari,” katanya.

Menurut beliau lagi, untuk stall burger beliau di Lawas pihak stokis akan membungkus stok yang dipesan dan ia akan dihantar juga menggunakan bas ke Lawas yang memakan masa kira-kira satu jam.

Ada juga penghantaran ke stall beliau di Lawas yang dibuat terus dari Kota Kinabalu yang memakan masa empat jam.

“Untuk stall Kota Belud, ia mengambil masa hanya satu setengah jam dari Kota Kinabalu, begitu juga dengan Kota Marudu mengambil masa 2 jam setengah dan Kudat mengambil masa kira-kira 3 jam, semua menggunakan kereta sewa penumpang.

“Kami akan tumpangkan stok melalui kereta-kereta sewa dengan caj harga-harga tertentu,” katanya.

Kata Ahmad, walaupun jarak antara stall agak jauh tetapi perniagaan dengan menjual burger jenama GTR Burger masih berjaya memperoleh keuntungan.

“Saya bermula berniaga dengan GTR Burger pada 7 Oktober 2022, saya mula dengan stall di Sipitang dengan membeli pakej stall RM8250, saya membuat pembayaran pada 29 Ogos 2022 dan saya mula berniaga pada 7 Oktober 2022.

“Dalam permulaan perniagaan saya, saya mula berniaga lambat agak lambat pada 7 Oktober kerana bulan kewangan perniagaan GTR Burger adalah dari 21 haribulan ke 20 haribulan berikutnya, tapi bayaran keuntungan bersih pertama saya dapat RM3,741,” katanya.

Baru 3 Bulan Berniaga, Diberi Peluang Buka 3 Lagi Stall Tanpa Keluarkan Modal

Ahmad berkata selepas tiga bulan berniaga dengan rekod pembukaan stall teratur dengan kutipan jualan tinggi, pengurusan GTR Burger menawarkan saya untuk menjadi Fighter dan beliau diberi peluang membuka beberapa stall di Labuan, Papar dan Lawas secara percuma tanpa mengeluarkan modal.

“Bagi saya, peluang menjadi fighter dengan perkongsian keuntungan 80 20 adalah satu kelebihan yang GTR Burger tawarkan pada usahawan yang ada berniaga dengan jenama GTR Burger,” katanya.

Beliau mula berniaga di stall GTR Burger Labuan dan Papar pada bulan Mac tahun ini dan Lawas pada bulan Mei tahun ini.

“Pendapatan yang paling besar pernah saya perolehi ialah stall GTR Burger di Lawas, saya berjaya membuat jualan bulanan lebih RM27,000 dengan bayaran bersih keuntungan RM9,993,” katanya.

Selepas itu, Ahmad menyatakan beliau membuaka satu lagi stall di Kota Belud dengan membeli pakej RM9980 dan ia merupakan stall yang ke-5 dengan jualan bulanan pertama RM18,368 dan bayaran pendapatan bersih lebih RM9,000.

Rentetan itu, beliau kemudian mendapat lagi stall secara sewa hibah daripada GTR Burger yang saya buka di Kudat iaitu di hujung negeri Sabah dan beliau berpusat di Sipitang yang dibuka pada bulan September tahun ini.

“Kemudian, saya buka pula di Kota Marudu pada 28 Oktober yang lalu dan ini adalah stall yang ke-7 dan selepas ini saya akan buka lagi satu stall di Kinabatangan yang akan mula berniaga pada 10 Disember ini,” katanya.

Usahawan GTR Burger Sabah, Ahmad (tengah) bersama dengan Pengasas GTR Burger Nordin Mat (kanan) dan Najib Jalil (kiri) di stall GTR Burger di Sipitang kendalian Ahmad.

Kini, GTR Burger menjadi pilihan untuk golongan peniaga memulakan perniagaan dengan GTR Burger kerana kelancaran proses peniagaan serta kemudahan sistem digital yang digunakan.

Bagi Ahmad, sebelum berniaga dengan GTR Burger, beliau menjalankan perniagaan penghantaran kurier iaitu menjadi ejen kepada syarikat penghantaran JnT dan DHL E-Commerce.

“Saya merupakan seorang usahawan yang suka mencari peluang perniagaan yang orang tidak nampak tetapi kita sudah boleh melihat potensinya di masa hadapan.

“Kita nampak perniagaan ini boleh membantu kita untuk meningkatkan kita punya pendapatan, saya melihat potensi apabila walaupun lambat mula berniaga saya berjaya memperoleh lebih RM3,000 kemudiannya lebih RM5,000 jadi, saya bulat hati untuk berniaga dan terus kekal dengan GTR Burger setakat ini,” katanya.

Kini, bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dan merebut peluang berniaga dengan GTR Burger boleh menghubungi GTR Burger di laman web www.gtrburger.my untuk mendapatkan lebih lagi maklumat serta bagaimana untuk mula berniaga dengan jenama burger jalanan itu. – SEPATAH DUA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *