Homestay Ayer Limau terima Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2022
2 min readHomestay Kampung Ayer Limau di Masjid Tanah Melaka telah menerima Anugerah Emas untuk kategori program Homestay pada majlis Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2022 yang diadakan di Kuching, Sarawak.
Majlis anugerah paling berprestij untuk industri pelancongan di Malaysia itu diadakan di Pusat Konvensyen Borneo iaitu pusat konvensyen kedua terbesar di Borneo pada 22 Oktober lepas.
Homestay Kampung Ayer Limau juga dikenali sebagai program Homestay yang dipenuhi dengan program yang melibatkan interaksi antara peserta dan orang kampung yang amat mementingkan nilai kekeluargaan.
Lokasi Homestay Kampung Ayer Limau juga amat strategik di Masjid Tanah boleh jadi tempat menginap untuk mereka yang mungkin merancang untuk berkelah mandi-manda di pantai di sekitar Tanjung Bidara dan pantai Pengakalan Balak yang tempoh perjalanan tak sampai 15 minit
Melalui hubungan erat berkenaan, pelbagai program lagi dihasilkan untuk para peserta merasai pengalaman melakukan macam-macam perkara antaranya ialah memasak serta membuat kraftangan mereka sendiri.
Homestay Kampung Ayer Limau juga ada mengadakan program pengalaman merasai sendiri cara kehidupan orang kampung untuk pelajar dari luar negara. Mereka akan merasa pengalaman menebar roti canai, proses penghasilan asam keping dan juga membuat hasil kraftangan.
Pengerusi Homestay Kampung Ayer Limau Zohaime Muhamad Sori berkata cara kehidupan orang kampung adalah satu cara hidup yang penuh dengan nilai budaya masyarakat Malaysia yang perlu dikongsi dengan dunia luar sebagai tarikan pelancongan.
“Di homestay kami, kami ada mengajak peserta bersama-sama hadir dan merasai sendiri menghadiri kenduri kahwin orang Melayu, makan lauk orang kahwin dan ada yang terlibat dari peringkat penyediaan masak-masak untuk melihat sendiri kekuatan hubungan antara orang kampung,” katanya.
Anugerah berkenaan diterima oleh Zohaime yang diiringi isteri Arlieeda Ahmad pada malam anugerah berkenaan.
Negeri Melaka turut menerima dua lagi Anugerah Emas pada malam berkenaan iaitu Negeri Melaka sendiri untuk Anugerah Emas Pelancongan Warisan yang diterima oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Anugerah satu lagi diterima oleh Majestic Hotel Resort Melaka yang menerima Anugerah Emas Resort Warisan.
Lokasi Homestay Kampung Ayer Limau juga amat strategik di Masjid Tanah boleh jadi tempat menginap untuk mereka yang mungkin merancang untuk berkelah mandi-manda di pantai di sekitar Tanjung Bidara dan pantai Pengakalan Balak.
Kalau ramai-ramai keluarga hendak adakan sambutan hari keluarga dan kemudian ada rancangan untuk mandi manda di pantai, boleh adakan program dengan Homestay Kampung Ayer Limau.
Zohaime yang juga Presiden Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia (MKHA) berkata pihaknya akan berbincang dengan peserta berkenaan apa aktiviti yang akan diadakan untuk memastikan pengalaman yang akan dirasai amat berbaloi.
Paling menarik untuk dicuba ialah bagaimana cara menyediakan asam keping menggunakan buah Asam Gelugur.
Kalau sekarang, macam-macam program lagi ada. Antara produk baharu tarikan di Homestay Kampung Ayer Limau ialah Kedai Makan Warung Nek Bulat, sesi belajar buat tanjak, buat homemade Rojak Petis, buat kuih apam Gebu Gebas, Tapai Daun Getah dan ada produk Kampungstay Nek Bulat. – SEPATAH DUA