June 3, 2023

HUBUNGI KAMI UNTUK PENULISAN ARTIKEL

Portal Sepatah Dua mula diwujudkan pada awal tahun 2020 sebagai satu portal berita atas talian yang unik dan berbeza.

Sepatah Dua tidak akan memaparkan kisah-kisah viral yang membuka aib orang lain atau yang menceritakan keburukan orang lain seperti kes artis bercerai, kemalangan ngeri, kisah viral rumah tangga orang lain atau perkara-perkara yang mengaibkan.

Pada tahun 2019, Sepatah Dua dipilih sebagai media untuk platform Tourism Productivity Nexus (TPN) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk tujuan promosi industri pelancongan di negara ini khususnya produk-produk penggiat industri itu di dalam negara.

Oleh itu, Sepatah Dua akan memaparkan artikel dan liputan tentang pelancongan, makanan dan gaya hidup. Sepatah Dua juga tidak akan menulis tentang politik kecuali ia amat diperlukan untuk ditulis.

Sepatah Dua juga menyediakan perkhidmatan untuk mempromosikan perniagaan para pengunjung dan para pembaca melalui pentas media sosial Sepatah Dua yang lain iaitu di Facebook, Twitter dan Instagram.

Facebook kami ada kini ada kira-kira 10,587 Likes dan 10,139 Followers.

Platform Twitter @sepatahdua_my ada 6,311 Followers.

Kalau anda ingin Sepatah Dua menulis artikel tentang bisnes anda, anda  boleh menghubungi team pengurusan Sepatah Dua Online di pautan ini (https://bit.ly/2yLUzQr) untuk perbincangan selanjutnya.

Terima kasih kepada anda jika anda berkunjung ke portal Sepatah Dua ini dan kami amat menghargai jika anda melayari artikel-artikel kami dan membaca keseluruhannya.

 

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA KEPADA SEPATAHDUA.MY